MALAYSIA
Sektor korporat diseru bantu perkasa ekonomi komuniti setempat - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah beramah mesra dengan penerima-penerima bantuan pembangunan usahawan mikro selepas Program YSD Sepakat dan Hari Bersama Komuniti di PR Seri Malaysia Desa Petaling hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sektor korporat diseru tampil membantu memperkasakan pembangunan ekonomi komuniti setempat, termasuk di kawasan bandar bagi memastikan kesejahteraan mereka.
Ringkasan AI
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata program seperti YSD SEPAKAT yang diperkenalkan hari ini, bukan sahaja menawarkan sokongan kewangan dan peluang menambah pendapatan tetapi turut menyediakan bengkel kepimpinan serta latihan digital kepada golongan belia.
Program itu hasil kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD) dan Kementerian Kewangan.
"Program ini juga menggabungkan mentorship dan kepakaran rakan projek YSD berpengalaman yang akan membantu meningkatkan kemahiran mengurus projek berimpak tinggi dan memastikan tadbir urus persatuan penduduk yang baik," katanya.
Dr Wan Azizah berkata demikian ketika merasmikan program YSD SEPAKAT dan Hari Bersama Komuniti di sini hari ini, yang turut dihadiri Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif YSD Dr Yatela Zainal Abidin serta Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Nor Sam Alwi.
SEPAKAT merujuk kepada Solidariti, Empati, Pimpinan, Aspirasi, Komuniti, Amanah dan Tadbir urus.
Selain itu, isteri Perdana Menteri berkata Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia, Perumahan Awam Seri Sabah 3A, dan Flat Sri Melaka terpilih sebagai perintis penerima sokongan di bawah YSD SEPAKAT yang bertujuan untuk merancakkan lagi kegiatan mikroekonomi penduduk.
"Kejayaan mereka diharap menjadi contoh dan pemangkin kepada lebih banyak persatuan penduduk lain untuk turut serta dalam program ini pada masa akan datang.
"Saya juga berharap manfaat ini dapat diperluaskan kepada semua penduduk supaya kita saling membantu dan sama-sama berdaya saing, menjadikan PPR sebuah hab komuniti yang positif," katanya.
Pada perkembangan lain, Dr Wan Azizah turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM18,500 kepada 46 penduduk Kampung Malaysia Tambahan dan Kampung Malaysia Raya yang terjejas akibat kejadian ribut pada bulan lepas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menggesa sektor korporat untuk menyokong pembangunan ekonomi komuniti setempat melalui program seperti YSD SEPAKAT yang menawarkan bantuan kewangan, peluang pendapatan tambahan, bengkel kepimpinan, dan latihan digital kepada golongan belia.
- Program YSD SEPAKAT hasil kerjasama Yayasan Sime Darby dan Kementerian Kewangan menawarkan mentorship, kepakaran rakan projek berpengalaman, dan latihan kemahiran mengurus projek berimpak tinggi bagi meningkatkan tadbir urus persatuan penduduk.
- Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia, Perumahan Awam Seri Sabah 3A, dan Flat Sri Melaka dipilih sebagai perintis penerima sokongan di bawah YSD SEPAKAT untuk merancakkan kegiatan mikroekonomi penduduk, dengan harapan kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada persatuan penduduk lain.