awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor perniagaan di Sibu perlu pohon permit perjalanan berkaitan tugas

Bernama
Bernama
24/01/2021
20:57 MYT
Sektor perniagaan di Sibu perlu pohon permit perjalanan berkaitan tugas
Matlamat peraturan ini ialah bagi memastikan pematuhan dan membantu polis menguatkuasakan PKP. - Foto fail
SIBU:Sektor perniagaan di sini perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu.
Jawatankuasa itu selepas berbincang dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak membuat keputusan amalan semasa iaitu majikan mengeluarkan surat kebenaran kepada pekerja untuk pergi bekerja akan dihentikan berkuat kuasa 27 Jan ini.
"Pengurusan perkhidmatan penting dibenarkan beroperasi pada kadar 30 peratus kapasiti semasa tempoh PKP.
"Perniagaan-perniagaan ini sekarang perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas bagi pihak pekerja mereka di mana-mana balai polis dalam Bahagian Sibu," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan pada Ahad.
Matlamat peraturan ini ialah bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan membantu polis menguatkuasakan PKP selama 14 hari yang bermula sejak 16 Jan lepas, di sini.
Untuk pertanyaan lanjut komuniti perniagaan boleh menghubungi talian penting COVID-19 di 013-9994158.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sektor Perniagaan
#permit polis
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan