awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekuriti makanan: 8,542 projek penternakan dan pertanian dilulus Felda

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
14/07/2022
05:05 MYT
Sekuriti makanan: 8,542 projek penternakan dan pertanian dilulus Felda
Jelas Ismail Sabri, ia merupakan komitmen Felda dalam menjamin sekuriti makanan termasuk memperkasa ekosistem agromakanan dan bekalan rantaian negara. - Foto Felda
BERA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah meluluskan sebanyak 8,542 projek penternakan dan pertanian dengan dana RM212 juta melalui Program Pembangunan Peneroka (PPP) sejak 2019.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia merupakan komitmen Felda dalam menjamin sekuriti makanan termasuk memperkasa ekosistem agromakanan dan bekalan rantaian negara.
"Disamping membantu agenda sekuriti makanan negara, sebahagian projek PPP juga telah mula berhasil.
"Ia dapat memberikan tambahan pendapatan kepada 56,699 orang peneroka dengan purata RM250 hingga RM500 sebulan, jelasnya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Rentam, Bera, Pahang.
Sekuriti Makanan | 8,542 projek penternakan & pertanian dilulus Felda
Sementara itu, bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada usahawan dalam kalangan generasi baharu Felda, lembaga itu turut memperuntukkan dana pusingan bagi tujuan ini.
"Untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada usahawan dalam kalangan generasi baharu Felda untuk meningkatkan kapasiti perniagaan atau juga untuk memulakan perniagaan, Felda telah memperuntukkan dana pusingan sebanyak RM10 juta bagi tujuan ini.
"Pinjaman tanpa faedah ini diberikan dengan nilai minimum RM5,000 hingga maksimum RM20,000 mengikut pakej," katanya.
Tambah beliau, usahawan belia Felda dari seluruh negara yang berminat boleh mula membuat permohonan bermula pada bulan Ogos 2022.
Topic Berkaitan
#Felda
#ismail sabri yaakob
#pinjaman tanpa faedah
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan