awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekutu bekas PM Nawaz Sharif dilantik sebagai Menteri Kewangan Pakistan

Bernama
Bernama
28/09/2022
09:31 MYT
Sekutu bekas PM Nawaz Sharif dilantik sebagai Menteri Kewangan Pakistan
Dar pulang ke Pakistan dari London pada malam Isnin selepas bersuaka kira-kira lima tahun. - REUTERS
NEW DELHI: Ahli politik kanan Pakistan Ishaq Dar, seorang penyokong setia bekas perdana menteri Nawaz Sharif, dilantik sebagai menteri kewangan baharu negara itu pada Rabu.
Beliau mengangkat sumpah sebagai menteri kewangan di hadapan Presiden Arif Alvi di Islamabad pada majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Shehbaz Sharif.
Dar pulang ke Pakistan dari London pada malam Isnin selepas bersuaka kira-kira lima tahun.
Beliau mengangkat sumpah sebagai ahli dewan tinggi parlimen pada Selasa.
Seorang akauntan bertauliah, Dar menjadi menteri kewangan Pakistan untuk kali keempat.
Pemegang jawatan itu sebelum ini, Miftah Ismail secara rasmi meletak jawatan pada Selasa, selepas berkhidmat selama kira-kira lima bulan.
Dar mengambil alih ketika ekonomi Pakistan bergelut dengan cabaran inflasi yang melambung tinggi, kelemahan mata wang dan keyakinan pelabur yang rendah.
Kerosakan infrastruktur bernilai AS$30 bilion akibat banjir baru-baru ini, telah memburukkan lagi masalah ekonomi Pakistan di tengah-tengah ketidaktentuan politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Kewangan Pakistan
#Ishaq Dar
#Nawaz Sharif
#ekonomi Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan