Selamat Hari Natal, jangan lupa yang ditimpa musibah - PM

Astro Awani
Disember 25, 2021 10:53 MYT
Walaupun Hari Natal merupakan hari kegembiraan namun jangan lupa kepada keluarga Malaysia yang sedang ditimpa musibah banjir dan sebagainya, kata Perdana Menteri. - Foto Facebook Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan Selamat Hari Natal kepada semua penganut beragama Kristian di seluruh negara.
"Walaupun Hari Natal merupakan hari kegembiraan namun jangan lupa kepada keluarga Malaysia yang sedang ditimpa musibah banjir dan sebagainya.
"Juga jaga prosedur operasi standard (SOP) supaya kita sama-sama dapat mengelakkan sebarang jangkitan COVID-19," memetik kenyataan beliau di media sosial.
Meskipun terbatas dengan norma baharu kerana SOP bagi mengawal penularan COVID-19 dan musibah banjir yang melanda beberapa negeri, perayaan Krismas tetap disambut secara sederhana di seluruh negara.
Berpaksikan semangat Keluarga Malaysia, terselit doa agar dikurniakan kemudahan dan kesejahteraan kepada mangsa banjir oleh penganut Kristian ketika mereka menjalani upacara sembahyang di gereja.
#ismail sabri yaakob #mangsa banjir #Hari Natal #Krismas