awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor Aero Park akan dilancarkan di IPAS 2025 - Amirudin

Bernama
Bernama
16/06/2025
04:45 MYT
Selangor Aero Park akan dilancarkan di IPAS 2025 - Amirudin
Amirudin (tengah) mempengerusikan mesyuarat berkaitan Selangor Aero Park sebagai persiapan akhir sebelum IPAS 2025. - Gambar Facebook Amirudin Shari
SHAH ALAM: Selangor Aero Park (SAP) akan dilancarkan di Pameran Udara Antarabangsa Paris (IPAS) 2025 yang akan berlangsung di Lapangan Terbang Le Bourget, Perancis, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata, IPAS 2025 yang bermula hari ini hingga 22 Jun akan turut menyaksikan pertukaran Surat Niat (LOI) antara Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI Selangor) bersama Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (NAICO).
"Sebanyak 11 syarikat dari Malaysia akan menyertai IPAS 2025 ini sebagai pempamer dengan lima buah adalah dari Selangor dan IPAS 2025 akan menjadi saksi penting terhadap perkembangan industri aeroangkasa di Selangor," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, pembangunan SAP akan memperkukuh usaha Malaysia untuk menjadi hab kargo udara terkemuka di ASEAN.
Loke berkata, pembangunan di kawasan berkeluasan 242.81 ekar itu sejajar dengan rancangan kerajaan untuk memperkukuh kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai pusat logistik dan aeroangkasa serantau.
Sementara itu, Amirudin dalam hantaran berkenaan turut memuat naik gambar beliau mempengerusikan mesyuarat berkaitan sebagai persiapan akhir sebelum IPAS 2025.
Beliau turut diberikan taklimat perjalanan program oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) Paris sebelum perbincangan lanjut bersama NAICO dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim; Exco Pelaburan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, wakil MBI Selangor dan Invest Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor Aero Park
#Pameran Udara Antarabangsa Paris
#sap
#IPAS
#Menteri Besar Selangor
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami