MALAYSIA
Selangor akan tarik balik kelulusan tanah jika pembangunan rumah ibadat tidak ikut tempoh - Exco
Ng Suee Lim (foto) berkata kelulusan tanah yang ditarik balik itu akan diberikan kepada pihak yang memerlukan. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor boleh menarik balik pemberian kelulusan tanah bagi tujuan membina rumah ibadat bukan Islam sekiranya tidak dibangunkan dalam tempoh yang ditetapkan, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.
Ringkasan AI
Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim berkata kelulusan tanah yang ditarik balik itu akan diberikan kepada pihak yang memerlukan.
Beliau berkata Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao Selangor (Limas) telah meluluskan 400 slot tanah kepada pihak rumah ibadat bukan Islam bagi tujuan berkenaan sejak 2008 sehingga kini.
"Jadi kalau kita dah berikan tanah untuk mereka bina rumah ibadat. Kalau dalam tempoh masa tertentu masih tidak ada pembinaan, kita akan pastikan dalam tempoh lima tahun, kita akan rujuk kembali untuk kita ambil balik tanah itu," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan tambahan Lwi Kian Keong (PH-Sungai Pelek) yang ingin tahu tempoh pembangunan sesebuah rumah ibadat bukan Islam setelah permohonan itu diluluskan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor boleh menarik balik kelulusan tanah untuk rumah ibadat bukan Islam jika tidak dibangunkan dalam tempoh lima tahun.
- Tanah yang ditarik balik akan diberikan kepada pihak lain yang memerlukan dan layak.
- Sejak 2008, Jawatankuasa Khas Limas telah meluluskan 400 slot tanah untuk rumah ibadat bukan Islam di Selangor.