awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor kenal pasti lapan projek perumahan 'sakit'

Sinar Harian
Sinar Harian
12/09/2022
22:45 MYT
Selangor kenal pasti lapan projek perumahan 'sakit'
Rodziah mengiringi Amirudin (dua, kiri) meninjau sistem saliran pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kos Rendah Projek Taman Sungai Yu Indah di Kuala Selangor pada Isnin. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Kerajaan Selangor mengenal pasti lapan projek perumahan 'sakit' di negeri ini yang memerlukan perhatian serius dan ditangani segera.
Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, daripada jumlah itu dua projek itu sudah diselesaikan, manakala enam lagi sedang dibaik pulih.
Menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada tahun lalu telah meluluskan sebanyak RM4.1 juta bagi membantu dan menangani projek perumahan terbengkalai di bawah kerajaan negeri Selangor.
"Kita kenal pasti ada di antara projek sakit ini terlalu lama hendak disiapkan antaranya pada tahun 1994 dan 1996," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kos Rendah Projek Taman Sungai Yu Indah di sini pada Isnin.
Rodziah memberitahu, mengikut statistik projek perumahan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) pula merekodkan sebanyak 169 masih terbengkalai.
Ujar beliau, di bawah projek perumahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula sebanyak 49 projek terbengkalai sudah dikenal pasti.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 104 projek diklasifikasikan sebagai terbiar dan 25 projek lagi mengalami masalah infrastruktur," jelasnya.
Menurut Rodziah, masalah rumah terbengkalai melibatkan beberapa faktor antaranya masalah kontraktor, isu tanah, kes mahkamah dan penukaran komponen pembangunan.
"Tindakan sewajarnya sedang diambil untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan bagi memastikan projek pembangunan perumahan ini tidak terus tergendala," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#projek perumahan 'sakit'
#Rodziah Ismail
#projek perumahan terbengkalai
#Kerajaan Negeri Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan