MALAYSIA
Selangor perketat operasi penternakan babi, jamin lindungi alam sekitar dan penduduk - MB
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, MMKN memutuskan supaya kawal selia industri penternakan babi diperkukuh. - Gambar fail
SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan isu penternakan babi di Kuala Langat ditangani secara serius dan berprinsip, dengan memperketatkan syarat operasi industri berkenaan selepas perbincangan menyeluruh di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Ringkasan AI
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat susulan keprihatinan Sultan Selangor terhadap isu berkenaan, seperti dizahirkan menerusi kenyataan media pada Sabtu.
Menurut beliau, MMKN memutuskan supaya kawal selia industri penternakan babi diperkukuh, dengan penekanan khusus terhadap pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan pencemaran sistem saliran, kerosakan alam sekitar serta gangguan kepada kesejahteraan penduduk setempat.
“Penekanan utama adalah terhadap pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab supaya tidak menjejaskan sistem saliran, alam sekitar serta kesejahteraan penduduk setempat.
"Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua aspek termasuk pandangan agensi teknikal, bagi memuktamadkan isu yang telah berlarutan sejak lebih sedekad lalu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.
Beliau menegaskan, langkah yang diambil bukan bertujuan menutup industri berkenaan, sebaliknya memastikan ia beroperasi secara lebih selamat, terkawal dan tidak menimbulkan kesan sampingan kepada masyarakat.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Datuk Ir. Izham Hashim berkata, pendekatan yang dilaksanakan adalah lebih tersusun dan berhemah bagi mengimbangi keperluan komuniti serta kepentingan pembangunan industri.
Menurut beliau, kawalan lebih ketat itu dilaksanakan secara menyeluruh sebagai usaha ke arah penyelesaian jangka sederhana dan panjang.
“Ia dilaksanakan secara menyeluruh bagi mengimbangi keperluan komuniti serta memastikan kawalan lebih ketat ke arah penyelesaian jangka sederhana dan panjang,” katanya.
Pada Sabtu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan Kerajaan Negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.
Menurut kenyataan Istana Alam Shah, baginda memandang serius keputusan tersebut kerana ia berpotensi melibatkan pembangunan penternakan babi berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara di atas tanah seluas kira-kira 202 hektar.
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Selangor memperketatkan syarat operasi industri penternakan babi di Kuala Langat selepas perbincangan di MMKN, sebagai respons kepada keprihatinan Sultan Selangor terhadap isu tersebut.
- Penekanan diberikan kepada pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan pencemaran sistem saliran, kerosakan alam sekitar, dan gangguan kepada penduduk setempat.
- Langkah tersebut bukan bertujuan menutup industri, tetapi memastikan operasinya lebih selamat, terkawal, dan tidak menimbulkan kesan sampingan kepada masyarakat.