MALAYSIA
Selangor perluas pemberian baucar buku kepada pelajar Tingkatan Enam
Amirudin berucap ketika hadir pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Murid Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 Peringkat Negeri Selangor hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memperluaskan pemberian baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 kepada pelajar Tingkatan Enam dengan agihan dijangka dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.
Ringkasan AI
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu lanjutan daripada pemberian baucar buku tersebut yang sebelum ini hanya dikhususkan kepada mahasiswa kelahiran Selangor yang melanjutkan pelajaran ke universiti.
"Dari segi bilangan pelajar yang akan mendapat manfaat, kita akan buat kiraan mengikut data bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
"Permintaan memang banyak tetapi sebelum ini kita bagi khas kepada pelajar berasal dari Selangor melalui Persatuan Mahasiwa Selangor. Untuk Tingkatan Enam ini, insya-Allah kita akan agih sebelum akhir tahun atau paling awal pada Oktober ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada pelajar Tingkatan Enam Semester Satu 2025 di Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Shah Alam yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Untuk Selangor, sejumlah RM894,750 BAP diperuntukkan bagi diagihkan kepada 5,965 pelajar Tingkatan Enam melibatkan Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam seluruh negeri.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata dengan peluasan pemberian baucer tersebut peruntukan sebanyak RM400,000 yang disediakan bagi inisiatif itu tahun ini dijangka akan bertambah tahun hadapan dan perkara tersebut akan dimasukkan dalam Belanjawan Selangor 2026.
Beliau berkata langkah itu akan membantu mengurangkan beban kewangan pelajar Tingkatan Enam dalam usaha mereka menambah sumber bacaan tambahan sebagai persediaan melangkah ke alam universiti.
"Pendidikan merupakan satu keutamaan kepada kerajaan negeri dan komitmen tinggi ini akan diterjemahkan dalam bentuk kewangan dalam jumlah tertinggi akan disediakan dalam belanjawan tahun depan," katanya.
Terdahulu, pada majlis itu Amirudin turut menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada 15 pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 bagi Selangor.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor akan agihkan baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 kepada pelajar Tingkatan Enam sebelum akhir tahun ini, sebagai lanjutan daripada inisiatif untuk mahasiswa.
- Peruntukan RM400,000 bagi inisiatif ini dijangka meningkat tahun hadapan dan akan dimasukkan dalam Belanjawan Selangor 2026 untuk mengurangkan beban kewangan pelajar.
- Sebanyak RM1,000 disumbangkan kepada 15 pelajar terbaik STPM 2024 sebagai penghargaan atas pencapaian akademik mereka.