awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor peruntuk RM1.65 juta untuk program insentif haji muassasah

Bernama
Bernama
17/05/2023
09:31 MYT
Selangor peruntuk RM1.65 juta untuk program insentif haji muassasah
Amirudin berkata, menerusi insentif berkenaan, seramai 3,000 bakal jemaah haji Selangor khususnya golongan B40 dan M40 dijangka mendapat manfaat bertujuan memudahkan urusan haji mereka tahun ini. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan sebanyak RM1.65 juta untuk program Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata menerusi insentif berkenaan, seramai 3,000 bakal jemaah haji Selangor khususnya golongan B40 dan M40 dijangka mendapat manfaat bertujuan memudahkan urusan haji mereka tahun ini.
Beliau berkata setiap jemaah yang memohon dan menepati syarat kelayakan akan diberikan bantuan wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa termasuk ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losen, serta pelembap bibir.
"Permohonan bagi insentif ini akan dibuka bermula 19 Mei ini hingga 25 Ogos depan.
"Bagi memudahkan proses pendaftaran, ia akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan akan diselaraskan oleh MBI selaku pelaksana program," katanya menerusi kenyataan.
Amirudin berkata jemaah yang layak memohon mestilah warganegara Malaysia dan perlu mengemukakan salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan.
"Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#Haji
#insentif
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan