Skip to main content

Malaysia

Selangor rekod 209 kes kecurian air tahun lepas - Exco

SHAH ALAM, 24 April (Bernama) -- Sebanyak 209 kes kecurian air direkodkan di Selangor sepanjang tahun lepas, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan hari ini. Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim berkata daripada jumlah itu, kecurian melibatkan akaun komersial dikenal pasti sebagai tertinggi dengan 184 kes, manakala selebihnya adalah kes melibatkan akaun domestik.
Izham menjawab soalan ketika Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Selangor yang ke-15 Tahun 2026 di Dewan Negeri Selangor hari ini. - Gambar Bernama

SHAH ALAM: Sebanyak 209 kes kecurian air direkodkan di Selangor sepanjang tahun lepas, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan hari ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim berkata daripada jumlah itu, kecurian melibatkan akaun komersial dikenal pasti sebagai tertinggi dengan 184 kes, manakala selebihnya adalah kes melibatkan akaun domestik.

Advertisement

Beliau berkata setakat Mac tahun ini, sebanyak 43 kes kecurian air direkodkan, terdiri daripada 31 kes melibatkan akaun komersial manakala 12 lagi membabitkan akaun domestik.

“Kecurian air bukan sahaja menjejaskan sistem bekalan dan kepentingan pengguna sah, malah memberi kesan langsung kepada kadar air tidak terhasil (NRW), kestabilan tekanan air serta integriti rangkaian paip sedia ada. 

“Justeru, kerajaan negeri menerusi Seksyen Penguatkuasaan Air Selangor telah melakukan pemantauan berterusan, tindakan risikan, serta penguatkuasaan mengikut undang-undang ditetapkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) bagi mengekang kecurian air melalui beberapa strategi,” katanya di Dewan Negeri Selangor di sini.

Izham menjawab pertanyaan lisan Mohd Razali Saari (PN-Sungai Panjang) berhubung perkembangan kes kecurian air dan tindakan bagi mengatasi isu itu.

Beliau berkata antara langkah yang dilaksanakan kerajaan negeri melibatkan operasi cegah harian membabitkan kerja-kerja pemantauan proaktif di kawasan berisiko tinggi, aduan dan laporan daripada pekerja barisan hadapan, kerjasama komuniti serta aduan rasmi kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasi telefon pintar serta kerjasama.

Selain itu, turut dilaksanakan operasi bersepadu Air Selangor bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pihak berkuasa tempatan dan media.  

-- BERNAMA

Must Watch Video