MALAYSIA
Selangor salur bantuan lebih RM26 juta kepada 873 sekolah
Amirudin menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2025 di Dewan Konvensyen Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Bandar Bukit Raja hari ini. -- Foto Bernama
KLANG: Kerajaan Selangor menyalurkan peruntukan sebanyak RM26.62 juta kepada 873 institusi pendidikan di negeri ini menerusi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2025.
Ringkasan AI
Daripada jumlah itu, Sekolah Agama Rakyat diberikan peruntukan tertinggi, iaitu RM11 juta diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (RM6 juta), SJK Tamil (RM5 juta), Sekolah Menengah Persendirian Cina (RM2 juta), Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (RM1.62 juta) serta Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan masing-masing RM1 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata dana yang disalurkan itu boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah untuk pelbagai tujuan seperti membaik pulih infrastruktur bagi memberikan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif.
Beliau berkata peruntukan terbaharu itu menjadikan jumlah yang disalurkan meningkat sebanyak RM124,000, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang telah disumbangkan bagi tujuan serupa sejak 2009 adalah sebanyak RM311.92 juta.
"Pertambahan itu kita adakan untuk keperluan di sekolah kebangsaan dan bagi SJK Tamil kita juga ada memberikan bantuan kepada persatuan pengetua dan guru besar sekolah Tamil," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan itu di sini hari ini.
Mengulas mengenai isu buli, Amirudin berkata kerajaan negeri telah mengarahkan supaya perbuatan berkenaan dibendung khususnya di sekolah-sekolah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menjamin persekitaran yang selamat terhadap pelajar.
Beliau berkata pendekatan diambil pentadbirannya bukan sahaja menumpukan kepada aspek fizikal tetapi juga pada aspek sosial bagi mencegah gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya melibatkan pelajar-pelajar.
"Saya akan lihat dulu sekolah-sekolah di bawah JAIS, yang selebihnya kita akan cuba hubungi Jabatan Pendidikan Negeri kerana mereka ada bidang kuasa di bawah Kementerian Pendidikan, dan negeri hanya bantu untuk mempertingkatkan langkah yang diambil kalau ada keperluan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor menyalurkan RM26.62 juta kepada 873 institusi pendidikan menerusi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2025, dengan Sekolah Agama Rakyat menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM11 juta.
- Dana ini bertujuan membaik pulih infrastruktur dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sejak 2009 sebanyak RM311.92 juta.
- Kerajaan negeri turut mengambil langkah membendung isu buli dan gejala sosial di sekolah, khususnya di bawah kelolaan JAIS, demi menjamin keselamatan pelajar.
Daripada jumlah itu, Sekolah Agama Rakyat diberikan peruntukan tertinggi, iaitu RM11 juta diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (RM6 juta), SJK Tamil (RM5 juta), Sekolah Menengah Persendirian Cina (RM2 juta), Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (RM1.62 juta) serta Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan masing-masing RM1 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata dana yang disalurkan itu boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah untuk pelbagai tujuan seperti membaik pulih infrastruktur bagi memberikan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif.
Beliau berkata peruntukan terbaharu itu menjadikan jumlah yang disalurkan meningkat sebanyak RM124,000, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang telah disumbangkan bagi tujuan serupa sejak 2009 adalah sebanyak RM311.92 juta.
"Pertambahan itu kita adakan untuk keperluan di sekolah kebangsaan dan bagi SJK Tamil kita juga ada memberikan bantuan kepada persatuan pengetua dan guru besar sekolah Tamil," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan itu di sini hari ini.
Mengulas mengenai isu buli, Amirudin berkata kerajaan negeri telah mengarahkan supaya perbuatan berkenaan dibendung khususnya di sekolah-sekolah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menjamin persekitaran yang selamat terhadap pelajar.
Beliau berkata pendekatan diambil pentadbirannya bukan sahaja menumpukan kepada aspek fizikal tetapi juga pada aspek sosial bagi mencegah gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya melibatkan pelajar-pelajar.
"Saya akan lihat dulu sekolah-sekolah di bawah JAIS, yang selebihnya kita akan cuba hubungi Jabatan Pendidikan Negeri kerana mereka ada bidang kuasa di bawah Kementerian Pendidikan, dan negeri hanya bantu untuk mempertingkatkan langkah yang diambil kalau ada keperluan," katanya.
-- BERNAMA

#Kerajaan Negeri Selangor
#Amirudin Shari
#institusi pendidikan
#Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2025