MALAYSIA
Selangor sasar 200,000 pelawat Muzium Sultan Alam Shah, pelbagai pameran dirancang - Exco
Sejak kembali dibuka awal tahun ini selepas ditutup pada 2019, jumlah pelawat yang dicatatkan cukup memberangsangkan. - Foto Facebook/Muzium Sultan Alam Shah
BANTING: Kerajaan Selangor merancang menganjurkan pelbagai pameran bagi menggandakan bilangan pengunjung ke Muzium Sultan Alam Shah, di Seksyen 14, Shah Alam kepada 200,000 orang menjelang penghujung tahun ini.
Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri Datuk Borhan Aman Shah berkata sejak kembali dibuka awal tahun ini selepas ditutup pada 2019, jumlah pelawat yang dicatatkan cukup memberangsangkan hasil penganjuran pelbagai pameran di muzium berkenaan terutamanya ketika Pameran Anak-Anak Sidek.
"Kerajaan negeri pernah menyasarkan 100,000 pengunjung sebelum ini, namun jumlah yang dicapai difahamkan telah melebihi sasaran awal.
"Berbaki tiga bulan ini, pelbagai pameran telah dirancang antaranya pameran berkaitan Sukan Malaysia (SUKMA) sempena Selangor tuan rumah kejohanan itu pada tahun hadapan serta acara seperti festival dan program bermalam di muzium," katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Lang Baru di sini pada Sabtu.
Borhan berkata pihaknya juga sedang merancang pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membentangkan usul pameran berkaitan kepercayaan karut dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata pameran yang berpotensi menarik minat lebih ramai pengunjung ke Muzium Sultan Alam Shah itu bertujuan mendedahkan unsur karut secara ilmiah bagi kefahaman generasi kini bahawa perkara berkenaan membuka jalan ke arah syirik.
Terdahulu, Borhan diiringi Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohd Iqbal Mohd Noor turun padang menyantuni penduduk Kampung Sungai Lang Baru, di sini bersempena pemilihan kampung berkenaan dalam Program Santuni MADANI.
Muzium Sultan Alam Shah sebelum ini ditutup pada 2019 bagi kerja-kerja naik taraf galeri sedia ada dan dibuka semula pada Februari tahun ini dengan menawarkan kemasukan percuma kepada semua kategori pengunjung selama tiga bulan.
-- BERNAMA