MALAYSIA
Selangor sedia bawa pulang pelajar sekolah terkandas di Jakarta
Semalam media melaporkan, 61 pelajar sekolah dari Selangor terkandas lebih tiga jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. - Gambar/ FB SoekarnoHattaInternationalAirport.Jakarta
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersedia membawa pulang kesemua pelajar sekolah yang terkandas di Lapangan Antarabangsa Terbang Soekarno-Hatta pada Khamis lepas (23 Okt), didakwa berpunca daripada masalah pengurusan ejen pelancongan.
Ringkasan AI
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya akan menghubungi kedutaan Malaysia di Jakarta untuk langkah susulan berhubung perkara itu.
"Kita akan hubungi pihak kedutaan (di Jakarta) kalau ada perlukan bantuan untuk bawa balik (pelajar ini). Kerajaan negeri bersedia untuk sewa khas penerbangan atau uruskan untuk membawa balik mereka.
"Jadi saya akan semak nanti dengan pihak sekolah dan kementerian (Kementerian Pendidikan) kalau ada perlu sokongan tertentu. Kita bersedia untuk bantu bawa balik mereka selepas terkandas, saya percaya ada isu yang perlu kita tangani," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Festival Idea (FOI) Peringkat Negeri Selangor 2025 di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Profesor Datuk Azlinda Azman dan Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Shahrin Sahib@Sahibuddin.
Semalam media melaporkan, 61 pelajar sekolah dari Selangor terkandas lebih tiga jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas ejen pelancongan tidak muncul untuk menguruskan pengangkutan dan penginapan mereka.
Dalam kejadian pada 3 petang waktu tempatan itu, kumpulan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kapar itu tiba menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Terdahulu, Amirudin merasmikan FOI yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, dengan pelbagai pengisian termasuk sesi pitching of ideas, forum kepimpinan, pameran penyelidikan, bengkel komuniti, dan aktiviti pemindahan ilmu yang melibatkan penyertaan pelajar, industri, dan agensi kerajaan.
Dalam pada itu, Amirudin turut merasmikan Selangor International Drone Cup 2025 yang julung kali diadakan di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, melibatkan penyertaan hampir 50 pelumba profesional tempatan dan antarabangsa bermula hari ini hingga esok.
Antara peserta luar negara yang mengambil bahagian ialah dari Korea Selatan, China, Australia, Chinese Taipei, Thailand, Indonesia dan Singapura.
Edisi pertama kejohanan sukan udara itu anjuran bersama Persatuan Pengusaha dan Penggerak Industri Drone Malaysia (MyDrone), UiTM dan Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor bersedia membawa pulang 61 pelajar sekolah dari SK Taman Selasih dan SMK Bukit Kapar yang terkandas di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta akibat masalah ejen pelancongan, termasuk menyewa penerbangan khas jika perlu. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari akan berhubung dengan pihak kedutaan dan Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut.
- Pelajar terbabit terkandas lebih tiga jam selepas tiba dari KLIA pada 23 Oktober lalu, tanpa pengurusan pengangkutan dan penginapan. Kerajaan negeri komited menangani isu ini dan memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar terjamin.
- Amirudin turut merasmikan Festival Idea (FOI) Selangor 2025 dan Selangor International Drone Cup 2025 yang julung kali diadakan, melibatkan hampir 50 pelumba profesional dari Korea Selatan, China, Australia, Chinese Taipei, Thailand, Indonesia dan Singapura.