MALAYSIA
Selangor siap sedia jayakan Malaysia #QuranHour
Semua pihak dijemput menyertai Malaysia #QuranHour dalam suasana penuh penghayatan, selari dengan semangat al-Quran sebagai pedoman kehidupan. - Gambar hiasan/Sinar Harian
SHAH ALAM: Persediaan bagi menjayakan sambutan Malaysia #QuranHour yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos ini sedang giat dilakukan di seluruh Selangor dengan sokongan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan negeri dan institusi pendidikan.
Jurucakap Malaysia #QuranHour Selangor, Syarifah Norashikin Syed Mohd Pisal berkata, agihan risalah panduan bacaan surah yang menjadi fokus pada tahun ini telah selesai diedarkan kepada pihak dan agensi kerajaan negeri.
Selain itu ia turut disalurkan ke semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
“Satu mesyuarat khas bersama pihak berkepentingan bakal diadakan dalam masa terdekat bagi menyelaras gerak kerja terakhir supaya majlis ini dapat berlangsung dengan penuh lancar dan berkesan.
“Kami mahu memastikan setiap lapisan masyarakat, khususnya warga Selangor, dapat bersama-sama menyertai Malaysia #QuranHour dalam suasana penuh penghayatan, selari dengan semangat al-Quran sebagai pedoman kehidupan,” katanya.
Sambutan Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos ini bakal berlangsung serentak di seluruh negara dengan tumpuan di pelbagai lokasi termasuk masjid, sekolah, pejabat kerajaan serta komuniti setempat.
Inisiatif itu bukan sahaja menggalakkan umat Islam mendekati al-Quran, malah dapat memupuk semangat kesatuan serta meningkatkan nilai rohani dalam kalangan masyarakat.
“Harapan kami agar seluruh warga Selangor dapat berganding bahu menjayakan agenda ini dengan menjadikan bacaan dan tadabbur al-Quran sebagai rutin dalam kehidupan seharian, bukan sekadar pada hari sambutan sahaja,” tambahnya. - Sinar Harian