Selangor terus catat angka tertinggi, ini 5 tumpuan sidang media KKM

Astro Awani
Mei 11, 2021 11:24 MYT
Berikut adalah lima tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dengan kes aktif hampir mencecah 40,000, Selangor terus mencatat kes jangkitan harian tertinggi pada Selasa.
Berikut adalah lima tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:
1. Sebanyak 3,973 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 448,457 kes.
2. Selangor mencatat angka tertinggi dengan 1,328 kes diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (483).
3. Keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 38,499.
4. Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 22 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,722.
5. Sebanyak 13 kluster baharu turut dikesan hari ini menjadikan kluster aktif setakat ini sebanyak 454.
BACA: COVID-19: 3,973 kes baharu, kes aktif hampiri angka 40,000
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #Kementerian Kesihatan #kes baharu #kluster #Selangor