MALAYSIA
Selangor umum langkah susulan bantu mangsa ribut esok
Ribut yang berlaku pada 4.15 petang semalam menyebabkan kerosakan kepada lima sekolah, sebuah dewan dan lebih 40 rumah. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan langkah susulan termasuk bantuan kepada mangsa yang terkesan akibat kejadian ribut di sekitar Telok Panglima Garang, Kuala Langat esok.
Ringkasan AI
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) esok.
"Saya akan dapatkan angka dan kenyataan akan dibuat selepas selesai MMKN esok untuk menjelaskan beberapa perkara tentang influenza, beberapa kes yang berlaku di sekolah dan langkah susulan akibat bencana yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sagong Tasi Negeri Selangor 2025 di sini hari ini.
Beliau berkata Yayasan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) setakat ini telah menyalurkan bantuan bencana berjumlah RM400,000 untuk sekolah, manakala peruntukan di bawah Tabung Bencana sebanyak RM500 untuk sebuah rumah yang terjejas akan diberikan kepada mangsa.
Amirudin berkata berdasarkan laporan awal, sekurang-kurangnya RM200,000 hingga RM400,000 diperlukan untuk pembaikan semula sekolah yang turut dibadai ribut.
"Kejadian ini adalah antara yang terburuk dalam tempoh tiga, empat tahun kebelakangan ini, biasanya bencana ini berlaku di kawasan utara Selangor seperti di kawasan bendang Sabak Bernam," katanya dan menambah peruntukan untuk mangsa mungkin ditambah dan kerosakan rumah perlu dinilai sebelum sebarang langkah diambil.
Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang semalam, sebanyak lima sekolah, sebuah dewan dan lebih kurang 40 rumah dilaporkan mengalami kerosakan.
Antara kawasan terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan, Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan, SK Jalan Tanjung, Dewan Wawasan Batu 9, Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang, kawasan perumahan Batu 9, dan kawasan industri Taman Sijangkang Jaya.
Sehubungan dengan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan 18 individu daripada lapan keluarga susulan kejadian ribut yang melanda kawasan Kampung Medan, Kuala Langat dekat sini semalam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan langkah susulan termasuk bantuan kepada mangsa ribut di Telok Panglima Garang selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) esok, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
- Setakat ini, Yayasan MBI telah menyalurkan RM400,000 untuk bantuan sekolah, manakala mangsa rumah terjejas akan menerima RM500 setiap rumah melalui Tabung Bencana, dengan anggaran kos pembaikan sekolah mencecah RM400,000.
- Ribut yang berlaku pada 4.15 petang semalam menyebabkan kerosakan kepada lima sekolah, sebuah dewan dan lebih 40 rumah, serta mengakibatkan pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 18 individu daripada lapan keluarga.