awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor umum pembatalan projek Kidex

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2015
05:42 MYT
Selangor umum pembatalan projek Kidex
AZMIN: Tindakan itu diambil kerana kerajaan negeri mendapati pihak Kidex gagal mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui sebelum 14 Februari 2015.
Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex).
Menurut satu kenyataan kepada media oleh pejabat menteri besar Mohamed Azmin Ali, tindakan itu diambil kerana kerajaan negeri mendapati pihak Kidex gagal mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui sebelum tarikh akhir 14 Februari 2015.
Kerajaan Selangor sebelum ini telah meminta syarikat itu untuk menyediakan penilaian bebas tentang impak lalu lintas, sosial dan alam sekitar untuk membuktikan manfaat lebuh raya itu kepada penduduk di kawasan yang terlibat.
Pihak konsesi juga telah diminta memberikan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan kepada pelaburan.
"Oleh kerana tidak ada satu pun syarat-syarat ini yang dipatuhi oleh KIDEX setelah tempoh masanya tamat, maka Kerajaan Negeri Selangor dengan ini mengumumkan pembatalan projek KIDEX," katanya dalam kenyataan media itu.
Menurut Mohamed Azmin, pendekatan yang sama akan digunakan dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan oleh lebuhraya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Kenyataan Media
#kidex
#Menteri Besar Selangor
#pembatalan projek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan