awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selebriti wanita dicekup positif dadah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
29/06/2021
14:28 MYT
Selebriti wanita dicekup positif dadah
Seorang selebriti wanita ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet, di sini semalam.
NILAI: Seorang selebriti wanita ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu dicekup sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan ke rumah berkenaan kira-kira jam 9.15 malam.
“Bertindak atas maklumat penyalahgunaan dadah, sepasukan polis menyerbu rumah itu dan suspek dibawa ke IPD Nilai untuk tujuan saringan.
“Hasil ujian saringan kemudian mendapati suspek wanita itu positif dadah jenis methamphetamine (syabu) “ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, wanita itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas rakaman percakapannya selesai diambil.
“Pihak polis ingin menegaskan bahawa sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah merupakan satu kesalahan dan orang awam dialu-alukan untuk bersama membanteras kegiatan ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#selebriti wanita
#positif dadah
#Syabu
#Polis Daerah Nilai
#IPD Nilai
#Kampung Chalet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan