MELAKA TENGAH: Mayat seorang lelaki dipercayai anggota komando Tentera Darat yang dikhuatiri lemas ketika melakukan latihan selaman di perairan Pulau Undan, di sini 12 hari lalu, ditemui di Tanjung Sepat, Banting, Selangor pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, identiti sebenar mayat terbabit bagaimanapun belum dapat disahkan susulan keadaannya yang tidak sempurna.
“Makluman awal, satu mayat dijumpai di kawasan pantai bakau di Tanjung Sepat, Banting. Laporan lengkap akan dimaklumkan kemudian kerana identiti mangsa belum diketahui.
“(Tetapi) setakat ini sangat positif (dia adalah anggota komando yang hilang) berdasarkan sut selaman yang dipakai. Apapun kita perlu tunggu pengesahan identiti daripada proses bedah siasat kerana keadaan mayat yang tidak lengkap,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
BACA: SAR kesan komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan ditangguh
Astro AWANI pada 7 Februari lalu melaporkan Lans Koperal Edrin Baintim, 25, hilang sewaktu menjalani latihan selam di kedudukan 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan.
Mangsa dikatakan hilang ketika latihan Eksesais Pari Harimau iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari kem Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan selama tujuh hari melibatkan pelbagai agensi termasuk anggota PULPAK, Pasukan Selam Ranjau, KD Duyong dan juga Pasukan Penyelam Penyelamat Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya turut mendapatkan bantuan daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), Indonesia.
Operasi itu kemudian diteruskan pasukan komando Tentera Darat sehingga hari ke-10 pencarian yang berakhir pada Selasa lalu.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Feb 19 2023
Operasi (SAR) dilakukan selama tujuh hari melibatkan pelbagai agensi termasuk anggota PULPAK, Pasukan Selam Ranjau, KD Duyong dan juga Pasukan Penyelam Penyelamat Angkatan Pertahanan Awam (APM). - Gambar fail
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
Keluarga anggota komando lemas di Pulau Undan terima pampasan
Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata waris mendiang akan menerima bayaran dalam dua bentuk iaitu bayaran bulanan dan bayaran sekali bayar.
Jasad anggota komando diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah
Jasad Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang ditemukan terdampar semalam di paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah petang ini.
Menteri Pertahanan ucap takziah kepada keluarga mendiang Edrin
Menerusi hantaran akaun Facebooknya, Mohamad berkata pemergian Edrin kehilangan besar buat negara.
Selepas 12 hari, mayat komando lemas ditemui di Tanjung Sepat
Mayat seorang lelaki dipercayai anggota komando Tentera Darat yang dikhuatiri lemas ketika melakukan latihan selaman di perairan Pulau Undan, di sini 12 hari lalu, ditemui di Tanjung Sepat, Banting.
Anggota komando lemas, keluarga harap jasad ditemui
Dalam masa sama, keluarga Lans Koperal Edrin Baintim reda dengan apa sahaja ketentuan takdir.