Masyarakat, pemaju perumahan dan kerajaan disifatkan masih belum cukup sedar dan mengambil teladan selepas tragedi hitam satu blok kondominium Highland Towers runtuh pada 11 Disember 1993.
Ketua Kluster Alam Sekitar dan Sumber Asli, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, walaupun isu itu masih belum selesai sepenuhnya selepas 21 tahun, usaha pihak berkenaan untuk membendung kejadian sama di lokasi lain dilihat masih belum cukup memuaskan.
"Masyarakat tidak pernah mahu belajar daripada insiden Highland Towers. Mereka tidak penah peka dan sensitif dalam membuat keputusan memilih tempat tinggal.
"Mereka masih tidak mengkaji lokasi dan memastikan kawasan itu tidak terlibat dengan 'masalah' cerun runtuh. Mereka tidak tahu hak bertanya jaminan pemaju terhadap isu keselamatan selain kurang ilmu kestabilan dan pendasaran cerun," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr. Ibrahim mengulas isu kesedaran semua pihak terhadap insiden Highland Towers yang mengorbankan 48 penghuni di kawasan Bukit Antarabangsa pada tahun 1993.
Highland Tower merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3 dan satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.
Dr. Ibrahim sendiri merupakan salah seorang pakar geologi yang banyak mengkaji kejadian tanah runtuh terutamanya di sekitar lokasi hitam Highland Towers.
Sebelum ini, Dr. Ibrahim memberitahu, gelinciran tanah sudah berlaku lebih kurang 10 tahun sebelum tragedi itu namun kerana kejadian-kejadian itu tidak melibatkan kematian dan kerosakan harta benda ia tidak menimbulkan apa-apa kebimbangan, sehinggalah berlaku kejadian Highland Towers.
Semua pihak dilihat masih belum cukup sedar tentang isu risiko runtuhan dan pergerakan dasar tanah walaupun selepas 21 tahun satu blok di Highland Towers runtuh - Gambar fail
Dalam pada itu tambahnya, sikap beberapa pemaju yang tamak juga dilihat menjadi faktor kejadian seumpama ini tidak ada penghujungnya.
"Kesedaran pemaju masih kurang, semua hendak mengaut untung semaksima mungkin.
"Ada beberapa barang yang tidak menepati piawaian dan pembangunan diteruskan tanpa rasa tanggungjawab selain sedar kesan negatif yang akan berlaku satu hari nanti," jelasnya.
Katanya, tahap kesedaran kerajaan juga dilihat masih belum sampai ke peringkat yang memuaskan.
"Kerajaan masih beri 'lampu hijau' kepada pembangunan kawasan cerun yang tidak mempunyai perancangan teliti.
"Seharusnya jangan beri, agensi kerajaan dan orang politik perlu main peranan dan tegas menyatakan kawasan berkenaan bukan dalam lokasi perancangan pembangunan hartanah...apabila ada agensi yang beri kebenaran...di sinilah datangnya kelemahan itu," ujarnya.
Dr. Ibrahim turut mengakui kemajuan teknologi menyelamatkan dua lagi blok di Highland Towers daripada runtuh.
"Selepas kejadian itu, kita belajar kelemahan namun baki dua blok di sana kita tinggalkan selepas semua dipindahkan. Sampai sekarang tidak ada apa terjadi namun ia terbiar.
Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Hamid Hussain mendedahkan, pemilik asal tapak Highland Towers sudah menjual lokasi itu kepada syarikat baharu.
"Ia kawasan persendirian dan berpagar. Jika ada yang masuk ia boleh dikira menceroboh.
"Bagaimanapun kita belum dapat apa-apa cadangan pembangunan daripada pemilik baru tapak berkenaan," jelasnya.
Bagaimanapun Abd. Hamid enggan mendedahkan pemilik baru tapak Highland Towers berkenaan.
Tiga lagi kejadian gelinciran berlaku di kawasan sama selepas tragedi hitam Highland Towers.
Ia termasuk dua gelinciran di jalan naik ke Bukit Antarabangsa berhampiran kondominium Athenaeum Tower pada tahun 1999 dan satu lagi gelinciran yang memusnahkan sebuah banglo dua tingkat di Taman Hillview pada tahun 2002.
Dalam pada itu, beberapa pengguna laman Twitter turut menggunakan hashtag (#) HighlandTowers untuk mengenang kembali tragedi berdarah 21 tahun yang lalu.
Kebanyakan daripada mereka mahu tahu apa yang sudah kita belajar daripada tragedi itu selain memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.
Wan Syamsul Amly
Thu Dec 11 2014
DR. IBRAHIM: Selepas 21 tahun tragedi Highland Towers: Semua pihak masih belum cukup sedar - Gambar fail
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Rangsang minda anak dengan permainan menghiburkan ini
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dan salah satu caranya adalah dengan membelikan anak-anak permainan yang bersesuaian mengikut peringkat usia.
Selepas 21 tahun, semua pihak masih belum cukup sedar - Dr. Ibrahim Komoo
Masyarakat, pemaju perumahan dan kerajaan disifatkan masih belum cukup sedar dan mengambil teladan selepas tragedi hitam satu blok kondominium Highland Towers runtuh pada 11 Disember 1993.