Selepas 3 pengarang, penerbit The Edge dan CEO TMI pula ditahan polis

Astro Awani
Mac 31, 2015 04:13 MYT
Kedua-duanya ditahan ketika tiba di Balai Polis Dang Wangi pagi ini bagi merekodkan kenyataan. - Sumber Facebook
Penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif portal berita The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq hari ini ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung laporan tentang undang-undang jenayah Islam atau hudud.
Perkara ini disahkan oleh peguam yang mewakili Jahabar dan Kay Tat, Syahredzan Johan melalui twitnya hari ini.

Ho Kay Tat and Jahabar Sadiq have been arrested by the police.

— Syah (@syahredzan) March 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-duanya mereka ditahan ketika tiba di Balai Polis Dang Wangi pagi ini bagi merekodkan kenyataan.
Ketika dihubungi, Syahredzan memberitahu pihaknya masih menunggu keputusan lanjutan reman tiga pengarang TMI yang ditahan semalam.

Jahabar Sadiq and Ho Kay Tat arrested under S. 233 Communications and Multimedia Act and S. 4 Sedition Act.

— Syah (@syahredzan) March 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Altogether, thats 5 from TMI arrested. 4 editors and 1 director.

— Syah (@syahredzan) March 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Ketua Polis Negara turut mengesahkan penahanan tersebut.

@PDRMsia sahkan jam 1100 pagi ini telah tahan 2 org lagi kakitangan TMI utk bantu siasatan. Tiada toleransi kpd sebarang aktiviti menghasut

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) March 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semalam, tiga pengarang TMI iaitu Pengarang Urusan, Lionel Morais; Pengarang Rencana dan Analisis, Zulkifli Sulong dan Pengarang Berita, Amin Iskandar telah ditahan polis dan akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Penahanan tersebut adalah susulan aduan yang dibuat oleh beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional berkaitan laporan oleh portal berkenaan berhubung keputusan Majlis Raja-Raja tentang undang-undang hudud.
#Ho Kay Tat #JAHABAR SADIQ #Syahredzan Johan #The Malaysian Insider