MALAYSIA
Selepas 48 jam rosak, kapal dinaiki Heliza kembali belayar menuju Gaza
Tangkap layar hantaran dimuat naik Heliza di media sosial pada Rabu. - Foto Thread @nurhelizahelmi.
SHAH ALAM: Selepas 48 jam berada di lautan akibat kerosakan pada kapal, akhirnya bot flotila yang dinaiki penyanyi Heliza Helmi selamat meneruskan pelayaran menuju ke Gaza, Palestin.
Heliza berkata, pada mulanya kapal penyelamat tiba untuk memeriksa kerosakan pada bot, dan jika tidak dapat dibaiki, besar kemungkinan pasukannya perlu berpatah balik.
Bagaimanapun, katanya, kapal berjaya dibaiki meskipun diuji dengan ombak yang sangat kuat dan kini kembali memulakan pelayaran mengejar flotila lain.
“Hanya ALLAH SWT dan Rasulullah SAW sahaja tahu betapa kami semua berharap dapat meneruskan pelayaran ini. Tembakan doa demi doa tanpa putus agar keajaiban hadir.
“Selepas periksa kerosakan, ada satu lagi perkara yang mencabar untuk kapal kami teruskan pelayaran. Kapal penyelamat, penganjur dan kapten berusaha keras mencari jalan penyelesaian.
“Alhamdulillah, akhirnya kami sudah pun belayar sedaya upaya mengejar flotila sumud yang lain demi Gaza tercinta. Terima kasih kerana tidak henti-henti doa dan sokong perjuangan ini,” katanya menerusi hantaran di Threads pada Rabu.
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini berdepan peningkatan ancaman apabila beberapa kapal melaporkan telah disasar dan dijatuhkan objek tidak dikenali di atas serta berhampiran bot.
GSF dalam kenyataan rasmi berkata, ancaman itu datang daripada Israel hingga menyebabkan kerosakan serius dan gangguan komunikasi meluas.
Menurut kenyataan tersebut, sekurang-kurangnya 13 letupan dilaporkan malam tadi di atas dan berhampiran beberapa bot flotila, disertai gangguan komunikasi yang menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan peserta.
Jelasnya, dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 15 dron altitud rendah dikesan berlegar-legar di atas bot Alma dan muncul hampir setiap 10 minit.
Sementara itu, Heliza menyifatkan kejadian tersebut sebagai pertolongan dan keajaiban daripada ALLAH SWT meskipun merasakan ia sesuatu yang mustahil.
Aktivis kemanusiaan itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah dan Jurucakap Rasmi Sumud Nusantara Flotilla Command Center, Datuk Dr Sani Araby al-Kahery, serta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir al-Nuri, yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.
“Terima kasih Tuan Nadir dan Datuk Sani yang sentiasa memberikan kami semangat serta doa tanpa henti. Sudah semestinya semua rakan di dalam kapal yang mesej ‘kami tunggu The Helmis ni cepat datang’.
“Paling penting keluarga tercinta yang tidak pernah berhenti mendoakan dan menyokong walau apa jua keadaan!” ujarnya. - Sinar Harian