awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
Disney bayar denda AS$10 juta selesai dakwaan langgar privasi kanak-kanak
Guatemala catat penurunan deportasi 23 peratus, 55,000 warga dihantar pulang sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 59 tahun, warga emas teruja dapat MyKad baharu

Bernama
Bernama
07/07/2021
20:15 MYT
Selepas 59 tahun, warga emas teruja dapat MyKad baharu
Mat Sani berkata dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri setelah kad pengenalannya hilang sejak berumur 16 tahun. - Foto Sinar Harian
PARIT BUNTAR: Seorang warga emas teruja apabila menerima MyKad baharu daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setelah kehilangan kad pengenalan sejak 59 tahun lalu.
Mat Sani Awang, 75, berkata dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri setelah kad pengenalannya hilang sejak berumur 16 tahun selepas kematian ibu bapanya dan kemudiannya tinggal dengan keluarga angkat.
"Saya tidak tahu bagaimana untuk membuat urusan tersebut sehingga kisah saya tular di media sosial.
"Saya berterima kasih kepada JPN kerana membantu saya mendapatkan kad pengenalan baharu," katanya ketika dikunjungi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN Saiful Yazan Alwi di rumahnya di Kampung Parit Haji Tahir di sini pada Rabu.
Tular di media sosial pada 3 Julai lalu mengenai Mat Sani yang tidak mempunyai MyKad sehinggakan kisahnya turut dikongsikan oleh selebriti kemanusiaan popular negara, Ebit Lew.
Sementara itu, Saiful Yazan berkata orang ramai boleh memanfaatkan Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang diwujudkan lima tahun lalu dalam menyantuni rakyat, agar kemudahan perkhidmatan seperti pendaftaran kelahiran, kematian dan kad pengenalan serta khidmat nasihat dapat dinikmati rakyat di kawasan luar bandar.
"Ini bagi memastikan kebajikan rakyat terjaga. JPN boleh bertemu sendiri dengan penduduk serta membantu proses membuat dokumen pengenalan diri tanpa perlu pergi ke pejabat JPN ," katanya.
Topic Berkaitan
#mykad
#warga emas
#59 tahun tiada pengenalan diri
#Tular
#viral
#Ebit Liew
#JPN
#mekar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan