awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas angkat sumpah, Anwar rencana reformasi Parlimen

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/10/2018
09:30 MYT
Selepas angkat sumpah, Anwar rencana reformasi Parlimen
Anwar ketika sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - BERNAMA
Selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum beberapa langkah reformasi Parlimen.
Ketua Umum PKR itu berkata, ia termasuk menubuhkan beberapa jawatankuasa pemilih seiring usaha reformasi institusi penggubal undang-undang itu.
"Kita akan mengusulkan pembentukan beberapa jawatankuasa pemilih untuk meneliti cadangan dan mengemukakan pandangan baru sekiranya perlu berbincang dengan pimpinan kerajaan.
"Tugas kita adalah untuk memantapkan perjalanan Parlimen selain menyokong kerajaan sekarang," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Anwar turut menegaskan bahawa peranannya ketika ini ialah memastikan kerajaan yang wujud hari ini stabil di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, beliau menyifatkan kemunculan semulanya ke Dewan Rakyat sekaligus menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau suatu ketika dahulu.
Jelasnya, hak beliau untuk menyerai politik telah dilucutkan sebelum ini kerana dipenjara susulan kes-kes bersifat fitnah, Liwat 1 dan Liwat 2.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan