MALAYSIA

Selepas Assad: Suara pelarian Syria di Malaysia

Siti Farhana Sheikh Yahya 14/08/2025 | 07:00 MYT
Ikuti dokumentari eksklusif yang membawa kisah harapan, cabaran dan ketabahan pelarian Syria membina kehidupan baru jauh dari tanah air. -Astro AWANI
PADA 8 Disember 2024, rejim Al-Assad di Syria tumbang selepas lebih 50 tahun berkuasa.


Ringkasan AI
  • Rejim Al-Assad di Syria tumbang pada 8 Disember 2024 selepas lebih 50 tahun berkuasa, membuka peluang baharu kepada rakyat Syria.
  • Dokumentari eksklusif menampilkan Nurul Izzah Anwar dan Shahril Hamdan menelusuri kehidupan pelarian Syria di Malaysia, termasuk lawatan ke sekolah komuniti dan pusat bantuan.
  • Kisah pelarian menonjolkan ketabahan, harapan untuk pulang, dan usaha membina semula kehidupan, dengan dokumentari ditayangkan malam ini jam 9 malam.


Kejatuhan ini membuka lembaran baharu bagi rakyat Syria yang telah lama berdepan peperangan, penindasan dan ketidakpastian.

Di Malaysia, kisah mereka sering kali hanya sampai melalui angka dan laporan berita, tetapi di sebaliknya, ada wajah, nama, dan cerita yang jarang terdengar.

Saksikan Nurul Izzah Anwar dan Shahril Hamdan menelusuri kehidupan pelarian Syria yang mencari perlindungan di Malaysia.

Mereka melawat, sekolah komuniti yang dibina hasil sumbangan, dan pusat bantuan yang menjadi nadi kelangsungan hidup pelarian.

Dalam setiap pertemuan, terserlah kekuatan dan ketabahan mereka. Ada yang masih menyimpan harapan untuk pulang ke tanah air, ada yang membina semula kehidupan di bumi asing.

Walaupun berbeza latar belakang, satu persamaan yang jelas adalah semangat untuk meneruskan hidup demi keluarga dan masa depan.

Malam ini, jam 9 malam, ikuti dokumentari eksklusif yang merungkai perjalanan mereka. Daripada pelarian tanpa negara, kepada saksi perubahan terbesar tanah air mereka.

Dengarkan sendiri suara mereka; kisah kehilangan, pengorbanan, dan harapan yang mereka bawa…dari Syria ke Malaysia.




#Nurul Izzah Anwar #Syria #pelarian #Shahril Hamdan #dokumentari #Bashar al-Assad