awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas beku, SPRM sita dua akaun bank Bersatu

Bernama
Bernama
20/04/2023
12:22 MYT
Selepas beku, SPRM sita dua akaun bank Bersatu
SPRM memaklumkan, tindakan sita itu dibuat pada 11 April lepas setelah pihaknya mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 AMLATFPUAA 2001 kepada pihak bank. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas membekukannya pada Januari lepas.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan sita itu dibuat pada 11 April lepas setelah pihaknya mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kepada pihak bank.
"Sebelum ini, akaun-akaun terbabit dibekukan pada 12 dan 13 Jan lepas mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram.
"Susulan itu, SPRM telah melaksanakan tindakan sitaan tersebut pada 11 April 2023 berhubung siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yasin di bawah Akta SPRM 2009 dan AMLATFPUAA 2001," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab laporan berita sebuah agensi media bertajuk Bersatu asks MACC why two accounts still frozen after 90 days yang disiarkan semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#SPRM
#AMLATFPUAA 2001
#membantu siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan