Selepas kewujudan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar, kini muncul pula Dacsee yang dilihat akan merancakkan lagi sektor perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
Diwujudkan bukan sebagai pesaing teksi, sebaliknya platform itu berperanan sebagai perkhidmatan yang mampu menyelesaikan isu membabitkan pemandu dan pemilik syarikat teksi.
Teknologi yang diperkenalkan Dacsee mampu membantu pemandu dan pemilik syarikat teksi untuk meningkatkan pendapatan menerusi komuniti pelanggan yang lebih besar.
Ketua Pegawai Eksekutif Decsee, Alexander Von Kaldenberg melihat platform yang berasaskan komuniti itu dapat meningkatkan tahap perkhidmatan yang lebih berkesan dalam kalangan pemandu teksi apabila mereka akan dinilai dan diiktiraf pengguna.
"Penilaian ini penting dalam memastikan industri teksi di negara ini lebih kompetitif dan profesional, sekaligus mencapai tahap penyediaan perkhidmatan yang mampu menepati kehendak pengguna.
"Penggunaan teknologi ini akan menjadikan mereka lebih berkembang di mana sebelum ini mereka hanya bergantung kepada apa yang syarikat berikan," katanya.
Syarikat teksi juga digalakkan menggunakan platform ini di mana ia memberi peluang kepada mereka meraih komisen melalui penyertaan pemandu.
"Katakanlah anda ada syarikat teksi, jadi kita boleh berbincang mengenai perkara ini termasuk untuk merekrut pemandu anda.
"Sebagai pulangan kami akan berikan semua peratusan daripada tambang kepada syarikat teksi. Kita nak pastikan pemandu dan syarikat teksi turut sama-sama menerima keuntungan," katanya.
Malah, Ketua Pegawai Operasi Decsee, Lim Chiew Shan akui pelbagai latihan akan diberikan kepada pemandu walaupun ketika ini pemandu teksi kurang mahir menggunakan teknologi dan aplikasi.
"Seperti di Thailand, industri pelancongan mereka sangat pesat. Jadi kami berikan latihan kelas Bahasa Inggeris kepada mereka.
"Kalau di Malaysia, kita juga akan buat latihan mingguan menerusi wakil yang dilantik. Permulaannya mungkin susah, tetapi ia akan menjadi kebiasaan," jelasnya.
Walaupun platform ini akan dilancarkan secara rasmi pada April depan, kini mereka telah mempunyai lebih 5,000 komuniti pemandu dan pengguna yang dijangka mencapai 50,000 pada April nanti.
Ketika ini, aplikasi itu masih belum wujud di Android dan App Store, lantaran pihak Dacsee masih merekrut pemandu dan penggunanya.
Bagi mengawal selia platform itu di negara ini, Dacsee menjalinkan kerjasama dengan rakan teknologi tempatan, DMD Technology Sdn Bhd.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jan 16 2018
Alexander melihat platform yang berasaskan komuniti itu dapat meningkatkan tahap perkhidmatan yang lebih di kalangan pemandu teksi. - Foto Fail
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Pengguna e-hailing lebih selesa dengan pengkhususan komuniti
Pengenalan sistem komuniti akan memudahkan pengguna e-hailing sekali gus fokus lebih khusus terhadap keperluan penumpang sendiri.
Selepas 'diancam' Uber, Grabcar; Dacsee kini penyelamat industri teksi
Alexander melihat platform yang berasaskan komuniti itu dapat meningkatkan tahap perkhidmatan yang lebih di kalangan pemandu teksi.