Selepas dipadamkan, Twitter Lim Kok Wing hilang 'blue tick', ribuan 'followers'

Ibrahim Sani
Disember 30, 2018 07:22 MYT
Tan Sri Lim Kok Wing difahamkan telah memadamkan akaun beliau, dan akaun ini kemudiannya telah diambil alih oleh pengguna Twitter yang tidak dikenali. - Foto fail
Akaun Twitter pengasas kolej swasta terkenal Malaysia, Tan Sri Lim Kok Wing dipercayai telah 'diambil alih' oleh pengguna yang tidak dikenali.
Akaun sahih twitter Lim Kok Wing (@limkokwing) yang mempunyai lambang 'tanda biru' atau 'blue tick' itu sebelum ini mempunyai lebih 900,000 pengikut.
Akaun @limkokwing kini mempunyai kurang dari 100 pengikut dan telah hilang 'tanda biru' dari Twitter.
Lambang 'tanda biru' adalah satu indikasi yang diberikan oleh syarikat media sosial itu kepada pengguna twitter yang mempunyai kepentingan ramai dan membuktikan bahawa akaun itu adalah akaun tulen dan milik sebenar pengguna akaun itu.
Akuan Twitter Tan Sri Lim sebelum ini kembali menjadi tumpuan selepas beliau menyuarakan sokongan beliau terhadap pimpinan Perdana Menteri ,Tun Mahathir Mohamad.
BACA: 'Ramai orang macam tu' - Dr Mahathir maafkan Lim Kok Wing
Menerusi akaun Twitter asal beliau, Tan Sri Lim berkata bahawa "Tun Mahathir adalah sangat betul apabila menyatakan bahawa rakyat perlu meletakkan tumpuan yang terbaik untuk kepentingan negara."

Do stop it @limkokwing! Where were you last year? Who was it who told Dad to shut up to preserve his legacy? If PH hadnt won, would you have snuck into our house uninvited at Raya to apologise? Just stop it.

— Marina Mahathir (@netraKL) December 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tweet ini kemudiannya disertakan dengan 'tagging' YB Syed Saddiq, YB Maszlee Malek, serta Tun Mahathir sendiri.
Akan tetapi, tweet ini telah mendapat komen pedas dari anak perempuan Tun Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir pada Jumaat lepas, melalui sebuah tweet dari @netrakl.
"Tolong hentikan perkara ini (Tan Sri) Lim Kok Wing. Di manakah kamu sewaktu ayah (Tun Mahathir) memerlukan kamu? Sekiranya Pakatan tidak menang, adakah kamu ingin datang ke rumah tanpa diundang untuk memohon maaf?"
#lim kok wing #Mahathir Mohamad #Marina Mahathir #Media #media sosial #Perdana Menteri #Tweet #Twitter