MALAYSIA
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
Khairy (tengah) menyifatkan kehadirannya di Perhimpunan Agung UMNO kali ini sebagai detik yang penuh emosi, selepas lebih dua tahun disingkirkan daripada parti. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan kehadirannya di Perhimpunan Agung UMNO kali ini sebagai detik yang penuh emosi, selepas lebih dua tahun disingkirkan daripada parti.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketika ditemui media sempena Perhimpunan Agung Sayap Pemuda UMNO 2025 di sini pada Khamis, Khairy mendedahkan bahawa beliau terlebih dahulu meminta izin daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum hadir ke majlis tersebut.
“Semalam saya jumpa dengan Datuk Seri Zahid di majlis tahlil. Saya tanya, bolehkah saya datang hari ini? Kalau Datuk Seri tak nak saya datang, saya tak datang. Saya hanya datang kalau diberi izin. Dan saya ucapkan terima kasih sebab dia kata ‘please come’,” katanya lagi.
Terdahulu Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menggesa kepimpinan parti untuk berlapang dada dan membuka semula pintu kepada bekas pemimpin dan ahli yang masih setia kepada perjuangan UMNO, biarpun dengan status digantung atau dipecat.
Dalam ucapan dasarnya sempena perhimpunan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menekankan bahawa keresahan orang Melayu tidak boleh diselesaikan dengan slogan atau kosmetik politik semata-mata.
Sebaliknya, tegas beliau lagi, ia memerlukan keberanian untuk memulakan penyatuan dari dalam parti.
Dalam pada itu, Khairy berkata kehadirannya kali ini bukan tanda penyertaan semula secara rasmi, sebaliknya langkah awal untuk kembali mendekati parti.
“Hari ini sangat-sangat emotional bagi saya; saya dapat pulang ke perhimpunan parti saya. Insya-Allah, benda-benda baik lepas ini.
"Selangkah kembali, menyertai UMNO kembali. Ya, one step at a time. Hari ini saya hadir sebagai pemerhati,” ujarnya.
Khairy turut memuji ucapan Dr Akmal, yang disifatkan sebagai berprinsip kerana menekankan dua perkara penting: mengekalkan sokongan kepada kerajaan perpaduan demi kestabilan politik, dan memastikan garis merah UMNO tidak dilanggar oleh mana-mana pihak.
“Apa yang Akmal buat hari ini sangat berprinsip. Dia kata kita akur untuk terus menyokong kerajaan sedia ada, tetapi pada masa sama, apa yang patut dibuat, perlu dibuat.
"Dia tekankan ini bukan perhimpunan kebencian. Penyatuan Melayu tidak perlu menjadi sesuatu yang ditakuti oleh orang lain,” jelas Khairy.
Beliau berharap usaha yang digerakkan oleh Pemuda UMNO akan menyatukan orang Melayu tanpa menimbulkan ketakutan atau perpecahan kaum.
“Jangan jadikan agenda ini sebagai pembencian terhadap mana-mana kaum. Itu sangat penting,” katanya.
Rata-rata pemerhati melihat kenyataan Khairy sebagai isyarat positif terhadap kemungkinan beliau kembali ke pangkuan UMNO, selaras dengan gesaan Pemuda UMNO agar pintu parti dibuka semula kepada bekas pemimpin yang masih setia kepada perjuangan.
Khairy sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO dari 2009 hingga 2018, sebelum dipecat pada tahun 2023 kerana melanggar disiplin parti susulan kritikan terbukanya terhadap kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.
Bekas Menteri Kabinet itu juga tercatat dalam sejarah kerana pernah mencabar jawatan Presiden UMNO yang disandang Ahmad Zahid dalam pemilihan parti, namun gagal mendapat sokongan majoriti.
Biarpun Khairy sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan Zahid melalui podcast Keluar Sekejap, ketegangan di antara kedua-dua tokoh politik itu dilihat semakin kendur sejak kebelakangan ini, malah beberapa gambar yang tular menunjukkan kemesraan mereka kembali terjalin.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Khairy Jamaluddin menyifatkan kehadirannya di Perhimpunan Agung UMNO kali ini sebagai detik penuh emosi selepas lebih dua tahun disingkirkan dari parti, dengan meminta izin daripada Presiden UMNO sebelum hadir.
- Ketua Pemuda UMNO terdahulu, Dr. Muhammad Akmal Saleh, menekankan perlunya kepimpinan parti membuka pintu kepada bekas pemimpin serta ahli yang masih setia kepada UMNO, demi perpaduan.
- Khairy menunjukkan kehadiran kali ini sebagai langkah awal untuk mendekati semula parti, sambil mengharap usaha yang digerakkan oleh Pemuda UMNO dapat menyatukan orang Melayu tanpa menimbulkan ketakutan atau perpecahan kaum.
Ketika ditemui media sempena Perhimpunan Agung Sayap Pemuda UMNO 2025 di sini pada Khamis, Khairy mendedahkan bahawa beliau terlebih dahulu meminta izin daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum hadir ke majlis tersebut.
“Semalam saya jumpa dengan Datuk Seri Zahid di majlis tahlil. Saya tanya, bolehkah saya datang hari ini? Kalau Datuk Seri tak nak saya datang, saya tak datang. Saya hanya datang kalau diberi izin. Dan saya ucapkan terima kasih sebab dia kata ‘please come’,” katanya lagi.
Terdahulu Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menggesa kepimpinan parti untuk berlapang dada dan membuka semula pintu kepada bekas pemimpin dan ahli yang masih setia kepada perjuangan UMNO, biarpun dengan status digantung atau dipecat.
Dalam ucapan dasarnya sempena perhimpunan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menekankan bahawa keresahan orang Melayu tidak boleh diselesaikan dengan slogan atau kosmetik politik semata-mata.
Sebaliknya, tegas beliau lagi, ia memerlukan keberanian untuk memulakan penyatuan dari dalam parti.
Dalam pada itu, Khairy berkata kehadirannya kali ini bukan tanda penyertaan semula secara rasmi, sebaliknya langkah awal untuk kembali mendekati parti.
“Hari ini sangat-sangat emotional bagi saya; saya dapat pulang ke perhimpunan parti saya. Insya-Allah, benda-benda baik lepas ini.
"Selangkah kembali, menyertai UMNO kembali. Ya, one step at a time. Hari ini saya hadir sebagai pemerhati,” ujarnya.
Khairy turut memuji ucapan Dr Akmal, yang disifatkan sebagai berprinsip kerana menekankan dua perkara penting: mengekalkan sokongan kepada kerajaan perpaduan demi kestabilan politik, dan memastikan garis merah UMNO tidak dilanggar oleh mana-mana pihak.
“Apa yang Akmal buat hari ini sangat berprinsip. Dia kata kita akur untuk terus menyokong kerajaan sedia ada, tetapi pada masa sama, apa yang patut dibuat, perlu dibuat.
"Dia tekankan ini bukan perhimpunan kebencian. Penyatuan Melayu tidak perlu menjadi sesuatu yang ditakuti oleh orang lain,” jelas Khairy.
Beliau berharap usaha yang digerakkan oleh Pemuda UMNO akan menyatukan orang Melayu tanpa menimbulkan ketakutan atau perpecahan kaum.
“Jangan jadikan agenda ini sebagai pembencian terhadap mana-mana kaum. Itu sangat penting,” katanya.
Rata-rata pemerhati melihat kenyataan Khairy sebagai isyarat positif terhadap kemungkinan beliau kembali ke pangkuan UMNO, selaras dengan gesaan Pemuda UMNO agar pintu parti dibuka semula kepada bekas pemimpin yang masih setia kepada perjuangan.
Khairy sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO dari 2009 hingga 2018, sebelum dipecat pada tahun 2023 kerana melanggar disiplin parti susulan kritikan terbukanya terhadap kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.
Bekas Menteri Kabinet itu juga tercatat dalam sejarah kerana pernah mencabar jawatan Presiden UMNO yang disandang Ahmad Zahid dalam pemilihan parti, namun gagal mendapat sokongan majoriti.
Biarpun Khairy sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan Zahid melalui podcast Keluar Sekejap, ketegangan di antara kedua-dua tokoh politik itu dilihat semakin kendur sejak kebelakangan ini, malah beberapa gambar yang tular menunjukkan kemesraan mereka kembali terjalin.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan Khairy Jamaluddin merasakan perhimpunan UMNO kali ini penuh emosi baginya?
A: Khairy Jamaluddin merasakan perhimpunan UMNO kali ini penuh emosi kerana ini merupakan detik penting baginya selepas lebih dua tahun disingkirkan daripada parti. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Khairy sebelum hadir ke Perhimpunan Agung Sayap Pemuda UMNO 2025?
A: Sebelum hadir ke Perhimpunan Agung Sayap Pemuda UMNO 2025, Khairy meminta izin daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Q: Apakah yang ditekankan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh dalam ucapan dasarnya sempena perhimpunan tersebut?
A: Dalam ucapan dasarnya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menekankan perlunya kepimpinan parti berlapang dada dan membuka semula pintu kepada bekas pemimpin dan ahli yang masih setia kepada perjuangan UMNO. - Q: Apakah yang diharapkan oleh Khairy daripada usaha yang digerakkan oleh Pemuda UMNO?
A: Khairy berharap usaha yang digerakkan oleh Pemuda UMNO akan menyatukan orang Melayu tanpa menimbulkan ketakutan atau perpecahan kaum. - Q: Mengapa kenyataan Khairy Jamaluddin dianggap sebagai isyarat positif terhadap kemungkinan beliau kembali ke pangkuan UMNO?
A: Kenyataan Khairy Jamaluddin dianggap sebagai isyarat positif terhadap kemungkinan beliau kembali ke pangkuan UMNO kerana ia selari dengan gesaan Pemuda UMNO agar pintu parti dibuka semula kepada bekas pemimpin yang masih setia kepada perjuangan.