awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas lapan tahun, Malaysia masih teruskan usaha kesan MH370 - Wee

Bernama
Bernama
06/03/2022
23:12 MYT
Selepas lapan tahun, Malaysia masih teruskan usaha kesan MH370 - Wee
Wee berkata, Malaysia juga berminat untuk mengkaji semua maklumat baharu yang boleh dipercayai bagi mengenal pasti lokasi pesawat itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong sekali lagi mengulangi aspirasi kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH370 tidak pernah dilupakan.
Simpati dengan kehilangan dan kesengsaraan mereka yang terjejas susulan tragedi kehilangan misteri MH370, beliau berkata Malaysia juga berminat menimbang dengan teliti serta mengkaji semua maklumat baharu yang boleh dipercayai bagi mengenal pasti lokasi pesawat itu.
Selasa ini merupakan tahun kelapan insiden MH370 lenyap tanpa sebarang kesan sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan tidak terjawab mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat malang itu dan keluarga penumpang serta anak kapal dalam keadaan terumbang-ambing.
"Kami hanya memerlukan bukti yang boleh dipercayai serta boleh diambil tindakan sebelum memulakan ekspedisi yang kita yakin mampu membuahkan hasil.
"Maklumat yang boleh dipercayai ini dapat digunakan untuk mengenal pasti lokasi spesifik pesawat itu. Dengan ini, Pertimbangan akan dibuat dalam menentukan masa depan operasi mencari dan penubuhan semula pasukan siasatan," katanya dalam rakaman ucapan semalam sempena ulang tahun kelapan MH370.
BACA: Ocean Infinity beri bayangan kembali dalam misi pencarian MH370
Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.
Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MH370
#Wee Ka Siong
#Pesawat Hilang
#Malaysia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan