Selepas lima hari jadi tumpuan, kediaman Najib kembali sunyi

Isabelle Leong
Mei 20, 2018 10:33 MYT
Keadaan jalan di Langgak Duta yang tidak lagi 'sekecoh' beberapa hari lalu. - Astro AWANI
Kediaman Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta yang kebelakangan ini menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa serta warga kota kini kembali seperti sediakala.
Rata-rata pengamal media telah beransur pulang memandangkan Najib kini tiada di kediamannya.
Walau bagaimanapun, beberapa orang awam masih kelihatan singgah di kediaman mantan perdana menteri itu untuk berswafoto dan mengambil gambar.
Pada sekitar 6 petang, keadaan jalan raya di persimpangan masuk kediaman Najib juga berjalan lancar.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pekan tersebut meninggalkan kediamannya di Langgak Duta, Taman Duta pada jam 9.20 pagi tadi untuk ke Pekan bagi merasmikan mesyuarat UMNO cawangan itu.
Najib bersama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor bertolak ke Pekan dalam kereta Toyota Vellfire yang diiringi dua motosikal pengiring dan tiga kereta.
Mengikut jadual, Najib dijangka kembali ke kediamannya di Taman Duta pada pagi esok.
#kediaman #Langgak Duta #Najib Razak #Pekan #petugas media #Taman Duta