Selepas setahun 'lesap', akhirnya Nicky Liow serah diri

Astro Awani
April 11, 2022 10:21 MYT
Liow, 34, sebelum ini dikehendaki polis atas dakwaan jenayah terancang termasuk pengubahan wang haram. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan yang diburu polis Datuk Seri Nicky Liow telah menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial pada Isnin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, tangkapan itu dibuat pada jam 11 pagi selepas dia menyerah diri secara sukarela kepada polis.
"Atas arahan Jabatan Peguam Negara pada 23 Mac, Jabatan Siasatan Jenayah Komsersil telah memfailkan pertuduhan ke atas Liow Soon Hee @ Nicky Liow di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan hasil daripada aktiviti haram (AMLAATFPUAA) 2001 (Akta 613) di Mahkamah Shah Alam," kata Mohd Kamarudin.
Mengulas lanjut, ahli perniagaan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam pada Selasa bagi berdepan 26 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) (AMLAATFPUAA) 2001
Liow, 34, sebelum ini dikehendaki polis atas dakwaan pembabitannya jenayah terancang dan pengubahan wang haram.
Pada Mac lalu, polis turut menahan seramai 68 individu yang dipercayai merupakan ahli kumpulan Geng Nicky.
Ini termasuk rampasan 16 kenderaan mewah serta wang tunai berjumlah lebih RM7 juta.
#Nicky Liow #Razarudin Husain #pengubahan wang haram #dikehendaki polis