awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS selesai serah tiga pesawat CN235 kepada TUDM

Pia Ernadya
Pia Ernadya
27/06/2024
10:13 MYT
AS selesai serah tiga pesawat CN235 kepada TUDM
CN-235 yang diubah suai kepada pesawat rondaan maritim (MSA) itu dipertingkatkan lagi dengan kelengkapan seperti radar pengawasan maritim yang lebih kukuh dan canggih.- Gambar US Embassy Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) selesai menyerahkan tiga pesawat CN-235 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan TUDM Subang pada Khamis.
CN-235 yang diubah suai kepada pesawat rondaan maritim (MSA) itu dipertingkatkan lagi dengan kelengkapan seperti radar pengawasan maritim yang lebih kukuh dan canggih, dilengkapi dengan kamera elektro-optik/inframerah (EO/IR) untuk membolehkan imej dan video diambil dengan resolusi yang tinggi dan juga stesen pengendali sistem gulung masuk/gulung keluar.
Pesawat ini akan ditempatkan di Skuadron 1 di Pangkalan Udara Kuching di Sarawak.
Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D Kagan dalam ucapannya berkata, “Dengan ketiga-tiga pesawat telah ditukar dan dimasukkan ke dalam seni bina kesedaran domain maritim keseluruhan Malaysia, kami tahu bahawa Malaysia kini lebih mampu menjaga kewaspadaan terhadap aktiviti dalam Zon Ekonomi Eksklusif dan lebih bersedia untuk kukuhkan persekitaran maritim.“
Program penukaran ini bermula pada 2018 dan berjumlah kira kira AS$60 juta (RM282 juta) di bawah inisiatif Keselamatan Maritim, yang merupakan program geran keselamatan pertama Amerika Syarikat di Malaysia.
Kerjasama keselamatan AS-Malaysia merangkumi sebelas latihan pertahanan dua hala dan lima latihan pertahanan pelbagai hala, yang merupakan latihan terbanyak Malaysia dengan mana-mana negara, yang meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan Malaysia, menguatkan hubungan multinasional, dan menunjukkan ketegasan AS untuk menyokong Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
Topic Berkaitan
#TUDM
#Amerika Syarikat
#Malaysia
#CN-235
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan