awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng diesel bersubsidi: KPDNHEP tahan pemilik stesen minyak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/06/2022
02:40 MYT
Seleweng diesel bersubsidi: KPDNHEP tahan pemilik stesen minyak
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Manjung menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah lori tangki di stesen minyak di kawasan Pantai Remis. - Foto KPDNHEP
MANJUNG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan seorang pemilik stesen minyak di Pantai Remis, dekat sini, bagi membantu siasatan kes penyelewengan diesel bersubsidi.
Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman, pihaknya turut menyita 23,200 liter diesel, sebuah lori tangki, tiga unit skid tank, 2 unit nozel dan pam minyak diesel.
Menurutnya, jumlah keseluruhan sitaan kes dianggarkan berjumlah RM202,000.
“Aktiviti penyelewengan ini disyaki berlaku sejak lima bulan lalu hingga sekarang, disebabkan harga diesel komersil kini mencecah hampir RM5 seliter, sedangkan harga di stesen minyak RM2.15,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menjelaskan lanjut, beliau memberitahu, kira-kira 12 tengah hari semalam, sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Manjung menjalankan pemeriksaan ke atas stesen minyak di kawasan Pantai Remis.
Foto KPDNHEP
Foto KPDNHEP
Tindakan itu berdasarkan aduan dan risikan berkaitan aktiviti pembelian barang kawalan diesel bersubsidi dengan menggunakan lori tangki secara berulang.
“Hasil intipan yang dijalankan, didapati sebuah lori tangki berulang kali mengunjungi stesen minyak tersebut untuk membeli diesel dan melakukan pengisian ke dalam tangki kenderaan bagi tempoh satu hingga dua jam di stesen minyak yang sama.
“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki yang berumur lingkungan 20-an telah mengisi sebanyak tiga kali di stesen yang sama,” ujarnya.
Foto KPDNHEP
Foto KPDNHEP
Katanya, hasil pemeriksaan dan siasatan awal mendapati kedua-dua premis stesen minyak dan pemborong barang kawalan diesel itu disyaki individu yang sama dan pernah mempunyai rekod kesalahan lampau dengan KPDNHEP.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#manjung
#diesel bersubsidi
#stesen minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan