IPOH: Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) disyaki menyeleweng sebanyak RM9.62 juta.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata lelaki berumur 50 tahun itu dan isterinya yang berumur 53 tahun ditahan di Kuala Lumpur kira-kira jam 12.35 tengah hari Jumaat.
Menurutnya, pasangan itu berperanan sebagai ejen kutipan zakat dan bukan kakitangan mana-mana pusat zakat di Malaysia.
“Baru tangkapan, kita sedang siasat dan akan beri maklumat lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sedang menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023.
Menurut beliau, kes tersebut adalah antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat dalam tempoh tahun lalu di mana dua kes direkodkan di Selangor, masing-masing satu kes di Terengganu dan Perak.
Sementara itu, difahamkan MAIPk tidak dapat memberi sebarang kenyataan ketika ini kerana kes tersebut masih dalam siasatan dan tindakan pihak polis.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jan 05 2024

Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata lelaki berumur 50 tahun itu dan isterinya yang berumur 53 tahun ditahan di Kuala Lumpur kira-kira jam 12.35 tengah hari Jumaat. - Gambar fail

Lelaki Nigeria gigit telinga koperal dituduh esok
Telinga mangsa yang putus tidak dapat disambung kerana berisiko dijangkiti jika terdapat kuman daripada badan suspek.
Lima sindiket tumpas, dadah RM9 juta dirampas
Lima sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah tumpas dalam lima hari operasi membabitkan tujuh serbuan berasingan di Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat pada 20 hingga 24 April lalu.
SPRM sudah ada senarai individu menceroboh tanah di raub
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.
Palestin desak tindakan antarabangsa akhiri krisis di Gaza
Palestin desak tindakan antarabangsa akhiri krisis di Gaza

China terus catat kenaikan aliran masuk pelaburan asing
China merekodkan penubuhan sebanyak 12,603 syarikat pelaburan asing dalam tiga bulan pertama 2025, meningkat 4.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Remaja lelaki cedera, nyaris diculik ketika joging
Mangsa cedera pada bahagian muka dan lengan akibat pergelutan dengan suspek.

Kebenaran operasi semula: Penternak babi di Paya Mengkuang perlu patuh dua syarat
Penternak ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru di sini, perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan sekiranya mahu meneruskan semula operasi ladang tersebut.

Orang Asli Jakun berjaya ketepi perintah jualan kondominium di Keramat
Sebanyak 65 Orang Asli suku kaum Jakun berjaya dalam permohonan mereka untuk mengetepikan perintah mahkamah pada 2023 berhubung penjualan 57 unit kondominium di Lanai Gurney, Keramat.

Jejak Al-Haramain: Jemaah tanpa visa haji bakal diusir, didenda dan disenarai hitam
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif berkata, kerajaan Arab Saudi telah memperketatkan peraturan yang melarang individu menunaikan haji tanpa visa yang sah.

Pemilihan PKR: 'Kita ambil peduli aduan yang dikemukakan' - Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan wujud ketidakadilan pada Pemilihan Parti Keadilan 2025.

Seleweng zakat MAIPk RM9.62 juta: Suami isteri bebas dengan jaminan bon mahkamah
Majistret Farah Nabihah Muhamad membenarkan permohonan itu terhadap lelaki berumur 50 tahun dan isterinya yang berumur 53 tahun.

LZS sedia beri kerjasama siasatan pecah amanah kutipan zakat
Lembaga Zakat Selangor bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat.

Seleweng kutipan zakat MAIPk RM9.62 juta, suami isteri ditahan
Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk menyeleweng hasil zakat.

Syarikat seleweng zakat MAIPk lebih RM9.6 juta disiasat
Bukit Aman sedang menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Seleweng zakat MAINS: 11 individu dipanggil beri keterangan
Sebelas individu melibatkan pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd dipanggil memberi keterangan berkenaan dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan jabatan itu.

Seleweng zakat MAINS: Kertas siasatan dihantar TPR minggu depan
Kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu depan.