awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selidik dahulu sebelum boikot produk Israel - Rais

Bernama
Bernama
13/08/2014
08:04 MYT
Selidik dahulu sebelum boikot produk Israel - Rais
RAIS: Kita perlu ada asas yang jelas untuk boikot - Gambar Fail
Rakyat negara ini dinasihatkan berfikir dan membuat tindakan yang rasional sebelum berhajat untuk memboikot sebarang produk atau syarikat yang didakwa berkait rapat dengan pihak Zionis yang kini memerangi dan menzalimi umat Islam di Gaza, Palestin.
Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata mereka disaran agar membuat penyelidikan dan siasatan terlebih dahulu terhadap produk yang dimaksudkan sama ada ia menyumbang terus kepada kerajaan Zionis Israel.
"Kita perlu ada asas yang jelas untuk boikot. Kita perlu tahu apa yang perlu diboikot dan berfikir sama ada tindakan itu memberi kesan terhadap reaksi yang kita mahukan (menjatuhkan kerajaan Israel).
"Kita juga perlu selidik siapa tuan punya syarikat tersebut dan pastikan sama ada ia dimiliki atau mempunyai kaitan secara langsung dengan pihak Yahudi (Zionis)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan bacaan doa selamat untuk mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 dan umat Islam yang dizalimi di Gaza, Palestin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan, di sini hari ini.
Turut hadir, Rektor UIAM kampus Kuantan, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.
Rais dalam pada itu menyuarakan kebimbangan jika langkah memboikot itu memberi impak kepada kesan ekonomi negara memandangkan kebanyakan syarikat didakwa dimiliki rakyat tempatan dan mempunyai pekerja yang majoritinya juga penduduk tempatan.
"Setakat ini tiada sebarang syarikat di Bursa Malaysia yang dimiliki oleh syarikat Yahudi.
"Kita khuatir jika langkah ini berterusan (boikot) akan memberi impak kepada ekonomi negara kerana pihak di sana juga (antarabangsa) bila-bila masa sahaja boleh melakukan perkara yang sama," katanya.
Rais yang juga Pengerusi UIAM berkata pihak UIAM atas dasar prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Islam akibat peperangan dengan pihak Israel di Palestin akan sedaya upaya membantu menjaga kebajikan para penuntutnya yang berasal dari Gaza.
Beliau pada majlis itu turut menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada pihak UIAM bagi tujuan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#Palestin
#produk
#Rais
#UIAM
#Yahudi
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan