KOTA BHARU: Kreatif dalam menjana pendapatan keluarga dalam tempoh pelaksanaan kawalan pergerakan, mendorong pasangan suami isteri dari Kubang Kerian, di sini, untuk menjahit seluar bercorak unik dinamakan 'Separuh Rindu'.
Zarina Johan, 32, berkata menerusi minat mereka sekeluarga yang gemarkan pakaian berfesyen pelik 'gabung padan' mendorong beliau menggarap ilmu yang dipelajari di Pusat GiatMara Kubang Kerian digunakan untuk menghasilkan seluar tersebut.
"Saya belajar menjahit secara asas hanya dalam masa dua bulan sahaja secara bersemuka, tetapi atas kekangan PKP, selebihnya saya belajar secara dalam talian.
"Seluar cantuman jenis bercorak batik dan pelikat digabungkan dengan kain berwarna kosong, direka cipta oleh kami secara tersendiri dan kini menjadi fenomena kepada golongan muda, dewasa dan kanak- kanak," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kubang Kerian, di sini hari ini.
Zarina berkata usaha menjahit pakaian tersebut tercetus selepas beliau menjahit seluar untuk tiga anaknya, Muhd Dhya' Ulhaq Zafran Mohd Rosoliza, 8, Muhd Dhya' Arjuna Afwan, 7, dan Dhya' Andika Jahran, 2, yang diletakkan di status WhatsApp, mendapat tarikan seterusnya permintaan daripada ahli keluarga serta rakan-rakan.
Menariknya usaha Zarina tidak keseorangan kerana beliau mendapat sokongan dan bantuan tenaga suaminya, Mohd Rosoliza Mohd Zawawi, 53.
"Memandangkan setiap hari mendapat 20 tempahan, jadi saya 'memaksa' suami untuk belajar memotong kain dan kelim. Biarpun kami kali pertama belajar menjahit, namun alhamdulillah dapat memenuhi permintaan pelanggan.
"Biarpun sama-sama baru belajar dalam jahitan ini dan suami bekerja tetap di syarikat elektrik, namun selepas pulang dari kerja iaitu pada waktu malam meluangkan masa memotong serta mengelim kain, selebihnya untuk kerja penyudahan menjahit, saya lalukan sendiri," katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.
Sementara itu, Mohd Rosoliza berkata di Kelantan seluar cantuman sebegitu dipanggil 'seluar kahwin' kerana direka cipta dengan corak berlainan untuk kedua-dua belah bahagian paha.
"Corak ini kami berikan nama Separuh Rindu kerana separuh kain adalah bercorak, manakala separuh lagi dipadankan dengan warna kosong. Pemakai seluar ini pula dianggap berani dan ada karisme tersendiri," katanya.
Ujar Mohd Rosoliza lagi, ada dalam kalangan pelanggan yang menempah seluar itu secara sedondon sekeluarga, iaitu untuk dipakai oleh ibu, bapa, anak-anak remaja dan bayi.
"Seluar Separuh Rindu ini semakin tular dan menjadi 'trend' untuk digayakan secara santai malah ia selesa semasa dipakai dan kami tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan tempahan, malah kami juga membekalkan kain batik untuk meluaskan pilihan pelanggan.
"Kami menggunakan modal sendiri RM3,000 dan sehingga kini mendapat tempahan kira-kira 600 helai seluar, namun disebabkan masalah masa dan tenaga, hanya 140 helai dapat disiapkan. Jadi kami memohon supaya mendapat bantuan modal kira-kira RM8,000 bagi menyediakan mesin jahit dan kelim daripada pihak berkaitan," katanya.
Beliau berkata setakat ini pengeposan seluar Separuh Rindu dan palazo tersebut sudah dihantar ke Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, malah kini mendapat permintaan dari luar negara seperti Singapura serta Brunei, namun kekangan modal menyebabkan produktiviti penghasilan seluar itu terbatas.
Katanya seluar Separuh Rindu dijual pada harga RM23 (berpoket RM28), siap santai RM15 (berpoket RM18), palazo RM15 dan kanak-kanak pula mengikut saiz bermula RM5.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021
Mohd Rosoliza dan Zarina menunjukkan seluar 'Separuh Rindu' yang ditempah pelanggannya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kubang Kerian, Kota Bharu, 9 Julai, 2021. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Seluar 'Separuh Rindu' dari Kelantan cetus fenomena
Minat mereka sekeluarga yang gemar pakaian berfesyen pelik 'gabung padan' mendorong beliau menggarap ilmu yang dipelajari di Pusat GiatMara Kubang Kerian untuk menghasilkan seluar itu.