MALAYSIA
Seludup e-waste: MATF selaras tindakan bersepadu, modus operandi sindiket semakin licik
Mohd Dusuki Mokhtar pada lawatan kerja ke Pelabuhan Klang bersama AKPS pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
PELABUHAN KLANG: Usaha memerangi penyeludupan sisa elektronik atau e-waste di Pelabuhan Klang memerlukan tindakan bersepadu pelbagai agensi penguatkuasaan.
Ringkasan AI
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, penyelarasan penguatkuasaan itu akan dibincangkan menerusi Mesyuarat Pasukan Khas Agensi-Agensi Penguatkuasa (MATF) yang dipengerusikan beliau.
“Saya rasa kerjasama semua pihak wajar kita perkemaskan, itu yang penting untuk menangani isu-isu penyeludupan di sempadan terutama sekali melibatkan sisa elektronik.
“Kita akan perincikan dan sebarang cadangan dibawa ke MATF dalam masa terdekat, mungkin sekitar seminggu ini.
“MATF akan memperhalusi, memantau serta menyelaras tindakan berkaitan sisa elektronik, termasuk unsur penyalahgunaan kuasa atau rasuah,” jelasnya semasa lawatan kerja ke Pelabuhan Klang bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, pengimportan sisa elektronik diklasifikasikan sebagai Larangan Mutlak di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
Mengulas aspek perundangan, beliau berpandangan undang-undang sedia ada memadai, namun pelaksanaannya perlu diteliti agar lebih efektif.
“Isu (sisa elektronik) ini rumit. Pencarian, pengesanan dan pembongkaran setiap kontena bukannya suatu kerja yang mudah. Ia memerlukan banyak anggota atau pegawai bagi memastikan kelancaran.
“Selain itu, sistem juga boleh ditambah baik daripada segi alat ataupun mesin yang diperlukan oleh pihak AKPS,” katanya.
Mohd Dusuki turut dimaklumkan tentang modus operandi sindiket terkini yang menggunakan surat pengisytiharan palsu atau menyembunyikan barangan terlarang di sebalik muatan diluluskan bagi mengaburi pemeriksaan di sempadan negara.
Dalam tempoh 27 sehingga 30 Januari 2026, AKPS telah memeriksa 12 kontena daripada 61 kontena yang mengandungi sisa elektronik serta 80 tan kuprum bernilai tinggi.
Ringkasan AI
- Usaha memerangi penyeludupan sisa elektronik di Pelabuhan Klang memerlukan tindakan bersepadu pelbagai agensi penguatkuasaan;
- Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar menekankan perlunya kerjasama semua pihak dan penyelarasan penguatkuasaan melalui Mesyuarat Pasukan Khas Agensi-Agensi Penguatkuasa (MATF);
- Pengimportan sisa elektronik sebelum ini diklasifikasikan sebagai Larangan Mutlak, dan tindakan penguatkuasaan serta pemantauan diperlukan untuk memastikan keberkesanan undang-undang yang sedia ada.