awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seluruh senarai penumpang disiasat ekoran laporan penggunaan pasport palsu

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
09/03/2014
05:35 MYT
Seluruh senarai penumpang disiasat ekoran laporan penggunaan pasport palsu
Pihak berkuasa sedang menyiasat semua penumpang yang tersenarai sebagai penumpang pesawat MH370 ekoran laporan dua lagi individu menggunakan pasport palsu.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ini ekoran laporan media semalam bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 tidak menaiki kapal terbang tersebut, tetapi kehilangan pasport mereka.
"Kami menyiasat seluruh senarai penumpang di dalam pesawat tersebut, bukan empat orang itu sahaja," katanya semasa suatu sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.
Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.
Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.
Sementara satu lagi kes pasport palsu dilaporkan melibatkan warganegara China dari Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.
Hishammuddin berkata beliau telah berbincang dengan agensi risikan Malaysia dan Antarabangsa.
“Saya mengesahkan bahawa pihak risikan antarabangsa telah bersetuju untuk berkerjasama dan melibatkan unit anti penganas (counterterrorism unit) masing-masing kerana tragedi ini tidak boleh diambil dengan mudah,” katanya.
Hishammuddin berkata pihak FBI akan turut terlibat di dalam siasatan ini dan beberapa pegawai FBI telah pun dihantar ke Malaysia.
Topic Berkaitan
#hilang
#kl-beijing
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan