awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semak dengan agensi berkaitan elak jadi mangsa 'scam' - PDRM

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2022
01:00 MYT
Semak dengan agensi berkaitan elak jadi mangsa 'scam' - PDRM
Tangkap layar di media sosial Facebook yang memaparkan sepucuk surat dari mahkamah ke atas seorang penama atas kesalahan jenayah. Gambar kecil: Mohd Kamarudin
KUALA LUMPUR: Polis menggesa orang ramai untuk membuat semakan dengan agensi berkaitan sekiranya mengesyaki terdapat unsur penipuan dalam sebarang dakwaan kes jenayah bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, polis akan menyiasat setiap laporan yang diterima membabitkan sebarang kes penipuan.
"Masyarakat harus berhati-hati dengan setiap modus operandi penipuan.
"Apa sahaja bentuk dakwaan kepada mangsa sama ada terlibat dalam kegiatan jenayah, perlu ditahan dan sebagainya perlu dapatkan pengesahan dengan agensi berkaitan apatah lagi sekiranya ia membabitkan sejumlah bayaran," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Pada Rabu, tular di media sosial Facebook sepucuk surat mendakwa seorang penama yang diperintah tangkap dan pembekuan aset.
Berdasarkan paparan terbabit, surat itu dikeluarkan pihak mahkamah yang menyatakan penama terbabit disiasat di bawah kes dadah dan kewangan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd Kamarudin berkata, polis sedang mengumpul bukti bagi melengkapkan siasatan berhubung dua skim penipuan pelaburan Al Kahtifah Trust dan Madinah Mining membabitkan kerugian lebih RM800,000.
Skim terbabit didakwa menggunakan nama pengasas serta Presiden AUF MBZ Consortium, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
"Kita (polis) akan melengkapkan keterangan individu terlibat untuk melengkapkan siasatan sebelum mengambil tindakan atau tangkapan.
"Pemantauan sedang dijalankan ke atas pelaburan terbabit dan jika bukti semua telah lengkap, kita akan tuduh individu yang terlibat ini di mahkamah," katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta individu yang telah menjadi mangsa penipuan skim pelaburan ini agar tampil untuk membuat laporan bagi tindakan sewajarnya pihak polis.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#scam
#penipuan
#Mohd Kamarudin Md Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan