Semak fakta: MKN nafi video tular kekecohan pasar raya Johor

Najmi Syahiran Mamat
Mac 31, 2020 03:03 MYT
MKN menafikan dakwaan bahawa berlaku insiden kekecohan di sebuah pasar raya di Johor. - Gambar Instagram @kkmm_gov
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan bahawa berlaku insiden kekecohan di sebuah pasar raya di Johor..
MKN dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, berkata rakaman video insiden yang tular itu sebenarnya insiden rompakan yang berlaku di beberapa pasar raya di Amerika Syarikat.
“MKN turut menafikan dakwaan, Foodpanda, Grabfood dan restoran yang sudah mendapat kebenaran- sesiapa yang keluar rumah walaupun dengan alasan menghantar makanan akan didenda kompaun RM 1,000,” kata kenyataan itu pada Selasa.
Sementara itu, kenyataan itu turut menyebut, Ketua Polis Daerah Tawau, Sabah menafikan dakwaan satu notis Ketua Polis Negara (KPN) berhubung Perintah Kawalan Pergerakan.
“Notis itu jelas mengandungi mesej yang tidak benar dan tidak selari sepenuhnya dengan arahan semasa oleh KPN,” katanya.
#berita palsu #COVID19 #delivery #FoodPanda #Grabfood #Johor #Ketua Polis Negara #KPN #Majlis Keselamatan Negara #MKN #perintah kawalan pergerakan #Semak Fakta #SemakFakta #video tular