Semak Fakta: Pejabat Kesihatan Hulu Langat nafi mohon sumbangan buat barisan hadapan

Sahlizah Mohamed
April 12, 2020 05:04 MYT
Tertera sebuah gambar yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dengan beberapa butiran palsu.
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Selangor menafikan pernah mengeluarkan hebahan untuk memohon sumbangan barangan keperluan seperti Peralatan Perlindungan Peribadi(PPE), minuman dan makanan untuk petugas barisan hadapan.
Tertera sebuah gambar yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dengan beberapa butiran palsu.
Gambar berkenaan disertakan dengan nombor telefon dan alamat Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat. Antara butiran lain yang boleh dibaca menerusi imej yang dimuat naik itu adalah jumlah petugas yang dianggarkan antara 300 hingga 400 orang.
Selain itu, turut juga disertakan senarai keperluan antaranya PPE, air mineral, air pra campuran dan makanan ringan.
#air #berita palsu #coronavirus #COVID-19 #Facebook #kesihatan #koronavirus #Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat #Semak Fakta