Hotel-hotel di Pulau Pinang yang tidak mendapat pengiktirafan sijil halal digesa untuk tidak mengelirukan umat Islam dengan menawarkan pakej berbuka puasa.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata menjelang bulan Ramadan yang dijangka bermula 6 Mei ini, banyak hotel-hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa atas nama 'Bufet Ramadan'.
Beliau berkata perkataan Ramadan dan puasa adalah merujuk kepada ibadat umat Islam, justeru beliau menasihatkan umat Islam supaya menyemak terlebih dahulu status halal hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa bagi mengelakkan kekeliruan.
"Saya berharap dengan pengumuman ini akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas agar umat Islam dapat menunaikan ibadah puasa dengan tenang dan menikmati hidangan berbuka puasa yang halal dan toyyibah," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menurutnya, senarai hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang boleh disemak di laman sesawang http://www.halal.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2019
Umat Islam dinasihat supaya menyemak terlebih dahulu status halal hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa bagi mengelakkan kekeliruan. - Gambar hiasan
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
'Denda' RM20 pelanggan bazir makanan bufet Ramadan
Sebuah restoran di Nilai mengenakan caj penalti RM20 kepada pelanggannya yang membazir makanan.
Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.
Denda RM30,000 kerana ungkapan 'Ramadhan Special'
Pastikan makanan atau barang keluaran hanya menggunakan perakuan perihal halal dan penandaan halal yang mendapat perakuan pihak berwibawa.
Kebersihan tak memuaskan, dapur hotel tawar bufet Ramadan di Melaka diarah tutup
Tindakan diambil di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1985 dan Sekyen 32B Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM) berikutan tahap kebersihan yang tidak memuaskan.
Marhaban ya Ramadan
Ramadan datang lagi dan tiba masanya untuk memperkemas diri mencari keberkatan ilahi.
Semak status halal hotel tawar pakej buka puasa terlebih dahulu - TKM1 P. Pinang
Menjelang bulan Ramadan yang dijangka bermula 6 Mei ini, banyak hotel-hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa atas nama 'Bufet Ramadan'.