awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakan Bajet 2016 tidak jejaskan pemerkasaan ATM - Hishammuddin

Hilal Azmi
Hilal Azmi
13/01/2016
13:49 MYT
Semakan Bajet 2016 tidak jejaskan pemerkasaan ATM - Hishammuddin
Semakan Bajet 2016 tidak jejaskan pemerkasaan ATM -Foto Astro Awani/Hilal Azmi
Semakan semula Bajet 2016 tidak akan jejaskan perancangan untuk memperkasa kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan mencari jalan luar kotak untuk memastikan kekangan ekonomi tidak menjejaskan usaha terbabit.
"Saya tak nafikan ekonomi global sedang menghadapi cabaran, tetapi apa yang penting, semua pihak berkaitan perlu bertanggungjawab mencari jalan terbaik.
"Justeru itu, kami di Kementerian Pertahanan akan mengumpulkan semua pimpinan utama termasuk pihak berkepentingan untuk mengenal pasti keutamaan yang perlu diberi perhatian dan mana yang perlu dilaksanakan dahulu," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penerimaan Pesawat A400M kedua TUDM di sini hari ini.
Katanya lagi, penglibatan semua pihak berkepentingan akan menjadikan keputusan yang diambil bersifat menyeluruh dan memenuhi keperluan semasa.
Hishammuddin turut memberitahu, semakan ini tidak mengganggu perancangan pihaknya memandangkan kebanyakan projek yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2016 lalu sudah pun dimulakan.
"Cuma kita harus faham, untuk pemerolehan aset ia akan mengambil sedikit masa.
"Macam pemerolehan pesawat A400M, perjanjian kontrak perolehan telah ditandatangani sejak zaman Datuk Seri Najib (Tun Razak) memegang jawatan Menteri Pertahanan lagi.
"Saya hanya teruskan kesinambungan yang diamanahkan saja," katanya.
Topic Berkaitan
#A400M
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#Bajet 2016
#Hishammuddin Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan