MALAYSIA
Semakan ditolak, Peter Anthony kekal jalani hukuman penjara tiga tahun
Peter Anthony akan kekal menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas permohonan semakan beliau terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di UMS ditolak. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony akan kekal menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas permohonan semakan beliau terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditolak.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas menolak permohonan semakan Peter.
Ketika membacakan keputusan mahkamah, Azman berkata tiada pelanggaran prinsip keadilan semula jadi kerana pemohon telah diberi peluang untuk didengar dalam rayuannya.
Beliau juga berkata ketiadaan isu berkaitan laporan polis yang dibuat oleh seorang saksi iaitu Mohd Shukur Mohd Din (sudah meninggal dunia) dalam alasan penghakiman Mahkamah Rayuan tidak boleh dianggap sebagai ketidakadilan kerana isu itu telah dihuraikan dengan jelas dalam alasan penghakiman mahkamah berkenaan.
Azman juga berkata andaian itu disokong oleh alasan penghakiman penuh Mahkamah Rayuan kerana isu berkenaan telah dibincangkan secara mendalam sambil menambah bahawa bukan menjadi tugas mahkamah untuk mendengar semula keterangan dan fakta yang telah diputuskan.
Menerusi laporan polis yang dibuat oleh Mohd Shukur, Timbalan Naib Canselor UMS ketika itu telah pada 9 Ogos 2018, mendakwa bahawa pernyataan bertulis beliau yang dibuat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kota Kinabalu pada malam 20 Julai 2017 adalah tidak benar kerana berada di bawah tekanan dan perenggan terakhir dalam kenyataan itu telah direka bagi membabitkan Peter.
Laporan polis itu hanya dijumpai oleh Peter selepas perbicaraan kesnya berakhir dan pada Februari tahun lepas, beliau telah memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mengemukakan bukti baharu iaitu laporan polis yang dibuat oleh Mohd Shukur mengikut Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Mahkamah Rayuan telah menerima laporan berkenaan.
Peter telah memohon untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Rayuan pada 4 Mac lepas yang mengekalkan sabitan, hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ke atasnya pada Mei 2022.
Peter, 54, telah membayar denda itu.
Pada 18 April 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengekalkan sabitan dan hukuman itu, menyebabkan Peter memfailkan rayuan namun gagal yang mendorong beliau memfailkan permohonan semakan.
Beliau telah didakwa, dalam kapasitinya sebagai Pengarah Urusan Asli Jati Sdn Bhd, memalsukan surat daripada pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan kenyataan palsu dengan niat untuk memperdaya di.
Kesalahan itu dilakukan di pejabat Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.
Pada prosiding hari ini, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Peter berhujah bahawa panel Mahkamah Rayuan sebelum ini tidak secara langsung menangani dan memberi pertimbangan kehakiman terhadap laporan polis itu dalam alasan penghakimannya yang didakwa telah memprejudiskan anak guamnya serta menyebabkan ketidakadilan berlaku.
Bagaimanapun, beliau berkata panel itu ada menyentuh tentang laporan polis tersebut namun menyifatkan ia sebagai sesuatu yang difikirkan kemudian kerana alasan penghakiman itu telah dikeluarkan pada 1 Ogos iaitu beberapa bulan selepas alasan penghakiman.
Peguam tersebut berkata justeru itu, anak guamnya memohon agar kes berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan semula.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pula berhujah tiada pelanggaran prinsip keadilan semula jadi kerana isu laporan polis telah dihujah secara mendalam di hadapan panel Hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Beliau berkata justeru itu, tiada keadaan khas yang wujud bagi membenarkan permohonan semakan yang difailkan oleh Peter.
Susulan keputusan itu, Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap, berkemungkinan besar hilang kerusi tersebut kerana beliau telah menggunakan semua saluran undang-undang bagi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya.
Bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi berhubung perkara itu daripada Dewan Undangan Negeri Sabah setakat ini.
-- BERNAMA