MALAYSIA
Semakan kelayakan Penghargaan SARA 2025 dibuka hari ini
Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang tipu helah atau scammer, memandangkan bantuan Penghargaan SARA akan disalurkan secara langsung kepada MyKad penerima. - Foto MOF
KUALA LUMPUR: Seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia kini boleh menyemak kelayakan masing-masing bagi menerima Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi portal rasmi SARA.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa bantuan sebanyak RM100 akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima bermula 31 Ogos ini, bersempena sambutan Hari Kebangsaan, dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
“Setiap pemegang MyKad warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 2007 dan sebelumnya, layak menerima bantuan ini, termasuk penerima SARA sedia ada,” menurut kenyataan itu.
Penghargaan SARA merupakan inisiatif Kerajaan MADANI yang bertujuan memperluas bantuan tunai kepada seluruh rakyat dewasa, sebagai sebahagian daripada usaha mengagihkan hasil reformasi kewangan awam secara menyeluruh.
Kementerian turut menjelaskan bahawa tiada pendaftaran atau permohonan diperlukan, kerana kelayakan ditentukan secara automatik berdasarkan data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang tipu helah atau scammer, memandangkan bantuan Penghargaan SARA akan disalurkan secara langsung kepada MyKad penerima," memetik kenyataan itu.
Bantuan ini boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar yang menawarkan lebih 100,000 barangan keperluan dalam 14 kategori termasuk makanan asas, kebersihan rumah dan diri, ubat-ubatan serta keperluan sekolah.
“Baki bantuan yang tidak digunakan menjelang hujung tahun akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program Kerajaan MADANI yang akan ditentukan kelak,” menurut kenyataan itu lagi.
Kementerian turut menggalakkan penerima untuk menggunakan bantuan tersebut bagi tujuan kebajikan seperti menyumbang barangan asas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tempat ibadat.
Dengan pelaksanaan Penghargaan SARA, jumlah keseluruhan peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA meningkat kepada RM15 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
Layari https://sara.gov.my/ untuk melakukan semakan dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Penghargaan SARA.