Kerajaan pusat tidak terlibat dalam menentukan semakan dan pelarasan tarif air di setiap negeri, sebaliknya ia ditentukan oleh kerajaan negeri, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kerajaan pusat hanya memberi kelulusan selepas kajian dan semakan dijalankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Dari segi kenaikan tarif ini, ia hak negeri dan operator (syarikat konsesi) yang memohon kepada SPAN bila ada keperluan untuk menaikkan tarif dan dalam permohonan tersebut, SPAN akan kaji terlebih dahulu dari segi pengeluaran, kos, keuntungan dan bukannya hanya sekadar meluluskan apa dimohon.
"Apa yang Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) beritahu, kerajaan pusat yang tentukan tarif air, itu tidak benar. Semua operator akan hantar permohonan kepada SPAN dan kemudiannya barulah SPAN serahkan kepada kerajaan. Memang kata putus dari kita, tapi yang mohon dan kaji bukan kita," katanya.
BACA: P. Pinang mahu naikkan surcaj pemuliharaan air - Guan Eng
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di sini.
Maximus berkata permohonan yang dihantar kepada SPAN juga haruslah mendapat persetujuan daripada exco kerajaan dan resolusi juga dihantar kepada pihak tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2017
Apabila kerajaan negeri dan operator syarikat konsesi membuat permohonan kenaikan tarif air, SPAN akan mengkaji terlebih dahulu dari segi pengeluaran, kos dan keuntungan, kata Maximus. - Gambar hiasan
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda
Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.
PIKOM gesa kerajaan tangani isu jejas pertumbuhan industri ICT
Dengan kerajaan baru mengemudi negara, penekanan dan masa perlu diberikan untuk melaksanakan inisiatif bagi pertumbuhan industri serta menawarkan pelbagai faedah untuk sektor industri lain.
Kaji semula Pangkor sebagai pulau bebas cukai - MB Perak
Cadangan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai perlu dikaji semula sebelum memutuskan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak.
ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200
Lima artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Kad Diskaun Siswa: 3 perkara yang diinginkan mahasiswa
Berikut tiga perkara yang diinginkan mahasiswa untuk penambahbaikan kad siswa, terutamanya jika kerajaan berhasrat untuk membuka permohonan kepada pelajar baharu.
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa?
Pemandu teksi tiada pilihan kecuali memikirkan pendekatan lebih inovatif untuk kekal relevan dalam mendepani realiti masa depan.
Pendidikan peringkat rendah dan menengah masa kini percuma - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kos pendidikan di peringkat rendah dan menengah bagi ibu bapa pada masa kini adalah percuma dengan kerajaan membelanjakan purata RM8,900 bagi setiap pelajar setahun.
TVET mampu lonjak Malaysia setaraf Jerman
Kerajaan mahu perkasa pembangunan modal insan Malaysia setaraf Jerman melalui TVET
Pelaburan dilulus turun 26 peratus bagi sembilan bulan pertama
Malaysia merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM113.5 bilion melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 9 bulan pertama 2017.