#SemakFakta: Tiada jangkitan koronavirus di Ipoh - KP Kesihatan

Astro Awani
Januari 25, 2020 12:07 MYT
Foto tular disahkan palsu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan tiada jangkitan koronavirus di Ipoh.
Beliau mengulas mengenai penyebaran dakwaan berkenaan yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.
“Tiada koronavirus di sana,” katanya kepada portal Harian Metro.
Pada Sabtu, satu foto menjadi bualan hangat selepas mendakwa virus berbahaya itu kini tersebar di Ipoh.
Turut disertakan di dalam status terbabit, gambar seorang pesakit sedang diusung masuk ke hospital oleh kakitangan perubatan.
#Ketua Pengarah Kesihatan #koronavirus #Noor Hisham Abdullah #novel koronavirus #Semak Fakta #SemakFakta